
Integrasikan Apple School Manager dengan Sistem Maklumat Pelajar (SIS) anda
Gunakan Apple School Manager untuk menyepadukan secara selamat dengan Sistem Maklumat Pelajar (SIS) anda. Setelah anda mengesahkan dan menyambung kepada SIS anda, pengajar, pelajar dan kelas akan disalin ke dalam Apple School Manager. Kemudian, anda boleh menugaskan peranan kepada kakitangan, pengajar dan pelajar dan menetapkan kata laluan awal mereka. Apple School Manager mengemas kini perubahan dari SIS anda secara berkala. Data tidak sekali‑kali ditulis balik ke SIS anda.
Apple School Manager juga menjejak perubahan kelas dan pengajar sepanjang tahun. Jadi, sebagai contoh, jika seorang pelajar menyertai 2 minggu selepas permulaan tahun tersebut, Akaun Apple Terurus yang terikat kepada pengajar pelajar tersebut sudah sedia menunggu.
Jika anda (1) ingin menyepadukan dengan SIS atau mengimport pengguna dengan Protokol Pindah Fail Selamat (SFTP), dan (2) menggunakan pengesahan penyepaduan, pengguna mesti mempunyai alamat e-mel. Lihat Ciri Akaun Apple Terurus tambahan untuk pengajar dan pelajar. Anda juga perlu memutuskan cara mencipta Akaun Apple Terurus anda. Lihat Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan.
Selepas anda menyepadukan SIS anda dengan Apple School Manager, anda akan melihat nama SIS tersebut dan perkara yang diimport ke tempat yang sewajarnya—sebagai contoh, dalam Pengguna anda akan melihat bilangan dan jenis pengguna.
Penting: Menyepadukan data SIS daerah anda kepada Apple School Manager memerlukan pengenal pasti unik untuk setiap pelajar, pengajar (kakitangan), kursus, kelas, jadual, dan lokasi sekolah.
Pengesahan penyepaduan
Jika anda merancang untuk menggunakan pengesahan penyepaduan. dengan fail SIS atau CSV, anda harus mengkonfigurasikan dan menghidupkan pengesahanpenyepaduan terlebih dahulu. Lihat Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan.
Penyegerakan direktori
Apple School Manager menggunakan Claris Connect dan merangkumi pilihan untuk menapis mengikut sekolah dan penggal serta mengelakkan daripada entri pendua semasa import data.
Nota: Apabila anda menggunakan penyepaduan Claris Connect untuk menyegerakkan data, nama organisasi, ID organisasi dan alamat organisasi anda akan dikongsi dengan Claris.
SIS yang disokong
Apple School Manager kini menyokong penyepaduan dengan SIS berikut:
Aeries
ClassLink
eSchoolData
Follet Aspen
Infinite Campus
Powerschool
PowerSchool SIS
eSchoolPlus SIS
Skyward
SMS
Qmlativ
Veracross
Nota: Mana-mana SIS yang tidak disenaraikan di atas yang menyokong spesifikasi OneRoster versi 1.1 boleh bersambung secara langsung dengan menggunakan pilihan OneRoster atau melalui tindakan memuat naik fail .csv yang diformatkan Apple atau yang diformatkan OneRoster menggunakan SFTP. (Claris Connect memanfaatkan spesifikasi OneRoster yang tersedia secara umum daripada IMS Global Learning Consortium.) Lihat Muat naik data Sistem Maklumat Pelajar.
Muat turun dan konfigurasi seting pemalam
Pastikan URL Akar API, ID Klien dan Rahsia Klien adalah betul. Rujuk dokumentasi SIS anda jika anda memerlukan bantuan untuk mencari nilai ini.
Gabungkan data dengan Bantuan Penyegerakan
Ciri Bantuan Penyegerakan menumpukan pada isu biasa dalam tampalan semasa menyegerakkan data antara SIS anda dengan Apple School Manager. Ciri ini juga menapis data yang diimport semasa penyegerakan. Anda boleh menggunakan dua kaedah untuk menapis data:
Gunakan Tampal Data untuk mengelakkan pengimportan data yang mempunyai ralat dan rekod pendua.
Gunakan Tapis Data untuk memilih sekolah, akaun pengguna (seperti pengajar dan pelajar), kelas, kursus dan lokasi yang anda ingin import data.
Lihat Menapis data import SIS dan Menampal ralat data dalam Apple School Manager CSV dalam Bantuan Claris Connect.
Nota: Tampalan dan penapisan hanya tersedia apabila disegerakkan secara langsung dengan SIS anda.
Kekerapan penyegerakan SIS
Apple School Manager menyegerakkan data daripada SIS anda berdasarkan seting Kekerapan Penyegerakan. Seting ini dikonfigurasikan apabila:
Menyepadukan dengan SIS baharu
Mengkonfigurasi semula penyepaduan SIS sedia ada
Gunakan data jadual daripada SIS
Jika anda menggunakan data jadual daripada SIS anda dalam Apple School Manager, ralat mungkin muncul semasa cuti musim panas atau semasa menghampiri permulaan tahun persekolahan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pusing ganti tahun persekolahan dalam SIS anda. Untuk menangani ralat ini, tukar pilihan Tapis Data untuk pengajar, pelajar, kelas, kursus dan lokasi kepada “Aktif dalam tempoh 30 hari seterusnya.”
Memutuskan sambungan daripada SIS anda
Jangan putuskan sambungan aktif kepada SIS anda, tukar maklumat dalam SIS, kemudian sambung semula dan segerakkan dengan maklumat yang diubah tersebut. Contohnya, jika anda memutuskan sambungan, maka ubah gred ke-5 kepada gred ke-6 dan sambung semula. Tindakan sedemikian menyebabkan Apple School Manager mempunyai maklumat yang salah untuk sebarang akaun yang diubah.
Sepadukan dengan SIS anda buat pertama kali
Anda perlu mempunyai domain yang disahkan untuk menyepadukan dengan SIS anda. Tugas ini hendaklah diselesaikan jika anda tidak mempunyai sambungan sedia ada kepada SIS. Jika anda telah bersepadu dengan SIS anda, lihat Sepadukan dengan SIS anda yang sedia ada.
Penting: Jangan edit maklumat akaun pengguna selepas anda menyepadukan SIS anda dengan Apple School Manager. Jika anda berbuat demikian, akaun tersebut akan dianggap sebagai akaun tempatan dan tidak lagi dikaitkan dengan SIS anda.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, pilih Akaun Apple Terurus
, pilih Mulakan, pilih “Cipta akaun baharu,” kemudian pilih Teruskan.
Pilih Sambung ke Sistem Maklumat Pelajar, kemudian bersetuju dengan terma perkhidmatan Claris.
Anda perlu bersetuju dengan terma perkhidmatan Claris sekali sahaja.
Nota: Apabila anda menggunakan penyepaduan Claris Connect untuk menyegerakkan data, nama organisasi, ID organisasi dan alamat organisasi anda akan dikongsi dengan Claris.
Pilih SIS anda.
Sesetengah SIS (sebagai contoh, PowerSchool) memerlukan anda memuat turun dan memasang pemalam sebelum anda boleh meneruskan. Ikuti arahan yang diberikan pada skrin, kemudian pilih Teruskan.
Masukkan apa-apa maklumat yang diperlukan, kemudian pilih Teruskan.
Pada halaman Bantuan Penyegerakan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk mengkonfigurasi seting Kekerapan Penyegerakan, pilih Teruskan dan pergi ke langkah 11.
Untuk mengkonfigurasi pilihan Tampal Data dan Tapis Data, pilih Teruskan dan pergi ke langkah seterusnya.
Pada halaman Tampal Data, matikan mana-mana daripada yang berikut:
Elakkan akaun pendua: Tindakan ini mengelakkan rekod tambahan dicipta jika data SIS yang masuk sepadan dengan data sedia ada berdasarkan nama pertama, nama akhir dan alamat e-mel.
Tampal ralat: Tindakan ini mengeluarkan:
Mana-mana ID Pengajar daripada fail classes.csv jika tidak sepadan dengan mana-mana ID Individu dalam fail users.csv
Rekod dalam fail enrollments.csv yang mempunyai ID Kelas yang tidak sepadan dengan mana-mana ID Kelas dalam fail classes.csv
Rekod dalam fail enrollments.csv yang mempunyai ID Pelajar yang tidak sepadan dengan mana-mana ID Individu dalam fail users.csv
Pilih Teruskan.
Pada halaman Tapis Data, pilih perkara yang anda ingin masukkan dalam penyegerakan:
Sekolah
Pengajar, pelajar, kelas, kursus dan lokasi
Pilih Teruskan.
Pada halaman Kekerapan Penyegerakan, pilih kekerapan, waktu dan zon waktu penyegerakan, kemudian pilih Simpan dan Teruskan.
Anda boleh melihat kemajuan atau anda boleh menutup tetingkap.
Jika penyegerakan berjaya selesai tanpa apa-apa masalah, anda boleh menutup tetingkat dan teruskan ke Pembantu SIS/SFTP.
Pilih “Semak data [nama SIS]” untuk memastikan data yang ditambahkan adalah betul, kemudian pilih Teruskan.
Pilih "Pratonton Akaun dan Kelas" untuk melihat akaun dan kelas yang telah dicipta, kemudian pilih Cipta Akaun dan Kelas.
Selepas proses selesai, pilih Tutup.
Jika perlu, lakukan mana-mana yang berikut:
Untuk memuat turun ringkasan data yang ditampal semasa penyegerakan, pilih Ringkasan Tampalan.
Untuk memuat naik fail .csv yang terhasil yang diubah suai semasa penyegerakan, pilih CSV Diubah Suai.
Sepadukan dengan SIS anda yang sedia ada
Anda perlu mempunyai domain yang disahkan untuk menyepadukan dengan SIS anda. Tugas ini hendaklah diselesaikan jika anda sudah mempunyai sambungan sedia ada kepada SIS. Jika anda menggunakan Claris Connect buat kali pertama, lihat Sepadukan dengan SIS anda buat pertama kali.
Penting: Jangan edit maklumat akaun pengguna selepas anda menyepadukan SIS anda dengan Apple School Manager. Jika anda berbuat demikian, akaun tersebut akan dianggap sebagai akaun tempatan dan tidak lagi dikaitkan dengan SIS anda.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, pilih Akaun Apple Terurus
.
Lakukan salah satu perkara berikut untuk memulakan proses memutuskan sambungan:
Pilih Konfigurasikan Semula Penyegerakan dalam bahagian Penyegerakan Direktori.
Pilih butang lagi di sebelah kanan status penyegerakan Direktori, kemudian pilih Putuskan Sambungan.
Nota: Selepas anda memutuskan sambungan, semua akaun dan kelas akan mengubah jenis sumber daripada SIS kepada Manual. Selepas penyegerakan Claris Connect, jenis sumber berubah kepada SFTP. Rekod tidak dipadamkan dan akaun akan dikekalkan.
Pilih Matikan untuk mengesahkan bahawa anda ingin memutuskan sambungan dengan SIS sedia ada anda, kemudian tunggu proses pemutusan sambungan selesai sebelum anda meneruskan.
Nota: Jumlah masa yang diambil untuk memutuskan sambungan adalah berbeza-beza. Untuk melihat status pemutusan sambungan, pilih tab Aktiviti di sudut kiri atas.
Pilih Akaun Apple Terurus
, pilih Mulakan, pilih “Cipta akaun baharu,” kemudian pilih Teruskan.
Pilih Sambung ke Sistem Maklumat Pelajar, kemudian bersetuju dengan terma perkhidmatan Claris.
Anda perlu bersetuju dengan terma perkhidmatan Claris sekali sahaja.
Nota: Apabila anda menggunakan penyepaduan Claris Connect untuk menyegerakkan data, nama organisasi, ID organisasi dan alamat organisasi anda akan dikongsi dengan Claris.
Pilih SIS anda.
Sesetengah SIS (sebagai contoh, PowerSchool) memerlukan anda memuat turun dan memasang pemalam sebelum anda boleh meneruskan. Ikuti arahan yang diberikan pada skrin, kemudian pilih Teruskan.
Masukkan apa-apa maklumat yang diperlukan, kemudian pilih Teruskan.
Pada halaman Bantuan Penyegerakan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk mengkonfigurasi seting Kekerapan Penyegerakan, pilih Teruskan dan pergi ke langkah 11.
Untuk mengkonfigurasi pilihan Tampal Data dan Tapis Data, pilih Teruskan dan pergi ke langkah seterusnya.
Pada halaman Tampal Data, matikan mana-mana daripada yang berikut:
Elakkan akaun pendua: Tindakan ini mengelakkan rekod tambahan dicipta jika data SIS yang masuk sepadan dengan data sedia ada berdasarkan nama pertama, nama akhir dan alamat e-mel.
Tampal ralat: Tindakan ini mengeluarkan:
Mana-mana ID Pengajar daripada fail classes.csv jika tidak sepadan dengan mana-mana ID Individu dalam fail users.csv
Rekod dalam fail enrollments.csv yang mempunyai ID Kelas yang tidak sepadan dengan mana-mana ID Kelas dalam fail classes.csv
Rekod dalam fail enrollments.csv yang mempunyai ID Pelajar yang tidak sepadan dengan mana-mana ID Individu dalam fail users.csv
Pilih Teruskan.
Pada halaman Tapis Data, pilih perkara yang anda ingin masukkan dalam penyegerakan:
Sekolah
Pengajar, pelajar, kelas, kursus dan lokasi
Pilih Teruskan.
Pada halaman Kekerapan Penyegerakan, pilih kekerapan, waktu dan zon waktu penyegerakan, kemudian pilih Simpan dan Teruskan.
Anda boleh melihat kemajuan atau anda boleh menutup tetingkap.
Jika penyegerakan berjaya selesai tanpa apa-apa masalah, anda boleh menutup tetingkat dan teruskan ke Pembantu SIS/SFTP.
Pilih “Semak data [nama SIS]” untuk memastikan data yang ditambahkan adalah betul, kemudian pilih Teruskan.
Pilih "Pratonton Akaun dan Kelas" untuk melihat akaun dan kelas yang telah dicipta, kemudian pilih Cipta Akaun dan Kelas.
Selepas proses selesai, pilih Tutup.
Jika perlu, lakukan mana-mana yang berikut:
Untuk memuat turun ringkasan data yang ditampal semasa penyegerakan, pilih Ringkasan Tampalan.
Untuk memuat naik fail .csv yang terhasil yang diubah suai semasa penyegerakan, pilih CSV Diubah Suai.
Lakukan penyegerakan manual
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin ingin menyegerakkan secara manual. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai ralat penyegerakan awal dan anda ingin melakukan penyegerakan manual untuk mengesahkan bahawa anda telah membaiki ralat.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Akaun Apple Terurus
.
Pilih butang Lagi di sebelah SIS anda atau CSV OneRoster, kemudian pilih Segerakkan Sekarang.
Lihat dan edit maklumat SIS dan seting penyegerakan
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Akaun Apple Terurus
.
Pilih butang Lagi di sebelah SIS anda, kemudian lakukan mana-mana perkara berikut:
Untuk mengedit URL Akar API, ID Klien dan Rahsia Klien untuk SIS yang anda sepadukan, pilih Seting Penyegerakan.
Untuk mengedit seting penyegerakan seperti tampalan, penapisan dan pilihan kekerapan penyegerakan, pilih Teruskan.
Penting: Untuk melihat perubahan, anda perlu menyelesaikan proses penyegerakan.
Lihat sejarah penyegerakan
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Akaun Apple Terurus
.
Pilih butang Lagi di sebelah SIS anda atau fail .csv, kemudian pilih Segerakkan Sejarah.