
Lihat dan tugaskan peranan dalam Apple School Manager
Peranan adalah berdasarkan lokasi. Ini bermakna pengguna boleh ditugaskan peranan Pengurus Pendaftaran Peranti di satu lokasi tetapi ditugaskan peranan Pengurus Kandungan di lokasi lain.
Oleh sebab pengguna boleh ditugaskan beberapa peranan, anda disyorkan untuk merancang penugasan peranan sebelum menugaskan mana-mana peranan.
Penting: Jika sebarang pengguna dengan peranan Pentadbir, sebarang Pengurus atau Pengajar juga ditugaskan dengan peranan pelajar, mereka tidak akan dapat membeli kandungan.
Lihat peranan
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengurusan Akses
dalam bar sisi, kemudian pilih Peranan
.
Pilih peranan untuk melihat senarai keistimewaan yang dikaitkan dengannya.
Pilih butang Cari
, kemudian pilih butang Tapis
untuk menapis hasil anda.
Edit peranan untuk pengguna
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit
, pilih peranan dan lokasi, kemudian pilih Simpan.
Edit peranan untuk berbilang pengguna
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Tambah di sebelah Tambah Peranan atau Lokasi, pilih peranan dan jika perlu, lokasi baharu untuk pengguna, kemudian pilih Teruskan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Aktiviti untuk melihat aktiviti ini.
Pilih Selesai.