Tukar maklumat domain pengguna menggunakan Apple School Manager
Dalam Apple School Manager, perubahan kepada akaun maklumat domain pengguna memerlukan pengguna mendaftar keluar dan mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka.
Penting: Jika kata laluan pengguna ditukar dalam Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP anda, Apple School Manager membatalkan sesi semasa dengan pengguna tersebut. Pengguna mesti mendaftar masuk semula dengan kata laluan baharu mereka untuk terus menggunakan pengesahan penyepaduan untuk akses.
Tukar peranan pengguna yang disepadukan
Apabila anda berjaya melengkapkan pengesahan penyepaduan, semua pengguna dari domain anda mempunyai peranan sebagai Pelajar. Anda mungkin ingin menukar peranan untuk Pengurus Kandungan dan Pengurus Pendaftaran Peranti. Jika anda menukar peranan kepada Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu, pengesahan pengguna akan bertukar daripada Penyepaduan (mereka menggunakan kata laluan Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka) kepada Apple. Mereka masih mengekalkan Apple ID Terurus dan alamat e‑mel yang mereka ada ketika pengesahan penyepaduan dilengkapkan.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar peranan, kemudian pilih Simpan.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang disepadukan
Jika anda berjaya memautkan Apple School Manager kepada domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP, anda boleh menukar akaun sedia ada supaya alamat e‑mel dan Apple ID Terurus adalah sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar alamat e‑mel, pilih OK untuk turut menukar Apple ID Terurus agar sepadan dengan alamat e‑mel, kemudian pilih Simpan.
Pengguna tersebut kini boleh daftar masuk dengan Apple ID Terurus dan kata laluan domain mereka.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda berjaya memautkan Apple School Manager kepada domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP anda, anda boleh menukar akaun yang tidak disepadukan supaya Apple ID Terurus dan alamat e‑melnya adalah sama. Terdapat pengecualian iaitu akaun dengan peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan akaun yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar Apple ID Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian pilih Simpan.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang disepadukan untuk berbilang pengguna
Penting: Pengguna tidak dimaklumkan apabila Apple ID Terurus mereka ditukar, jadi anda mesti memberitahu mereka sebaik sahaja anda membuat penukaran.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih Edit di sebelah Kemas Kini Apple ID Terurus, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar struktur nama pengguna unik Apple ID Terurus.
Tukar struktur nama domain.
Tukar kedua‑duanya.
Tukar Apple ID Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian pilih Simpan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Aktiviti untuk melihat aktiviti ini.
Pilih Selesai.
Tukar e‑mel pengguna ke domain yang tidak disepadukan
Jika anda ingin pengguna menggunakan alamat e‑mel yang berbeza daripada e‑mel dalam akaun domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka, anda boleh menukarnya. Anda mesti memastikan alamat e‑mel dan Apple ID Terurus mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar alamat e‑mel, pilih OK untuk sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian pilih Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Apple ID Terurus yang baharu.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk seorang pengguna
Jika anda tidak ingin pengguna menggunakan Apple ID Terurus dalam akaun domain Google Workspace, Microsoft Entra ID atau IdP mereka, anda boleh menukarnya. Anda mesti memastikan Apple ID Terurus dan alamat e‑mel mereka sama. Pengecualian ialah akaun dengan peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu tidak boleh menggunakan alamat yang sama untuk kedua‑duanya.
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit , tukar Apple ID Terurus, pilih OK untuk turut menukar alamat e‑mel agar sepadan dengan Apple ID Terurus, kemudian pilih Simpan.
Beritahu pengguna bahawa mereka mempunyai Apple ID Terurus yang baharu.
Edit Apple ID Terurus menjadi domain yang tidak disepadukan untuk berbilang pengguna