Templat Kakitangan untuk Apple School Manager
Gunakan templat Kakitangan untuk mengimport akaun kakitangan. Nilai person_id mestilah unik untuk semua lokasi. Semua kakitangan menerima dasar kata laluan standard (8+ aksara abjad angka).
Anda juga boleh menugaskan lebih daripada satu lokasi kepada akaun kakitangan dengan menambahkan lebih banyak lajur lokasi kepada templat Kakitangan. Anda boleh menambah hingga 998 lagi lajur lokasi; bernama location_id_2, location_id_3, dan seterusnya hingga location_id_999. Untuk setiap akaun kakitangan, sebagai pilihan, anda boleh juga memasukkan satu lagi location_id dalam setiap lajur ini. Ini mesti sepadan dengan location_id dalam templat Lokasi. Jika masukan ini tidak sepadan, proses muat naik akan gagal. Untuk maklumat lanjut, lihat Halaman templat Lokasi.
Nota: Jika pengesahan penyepaduan didayakan, alamat e‑mel diperlukan. Selain itu, jika alamat e‑mel yang dinyatakan menggunakan domain penyepaduan, alamat e‑mel itu mesti unik. Jika alamat e‑mel itu berada dalam domain disepadukan, akaun pengguna juga akan disepadukan.
Nilai | Takrif | Contoh | Diperlukan/Unik |
---|---|---|---|
person_id juga dikenali sebagai instructor_id | Nombor itu digunakan untuk mengenal pasti secara unik individu ini dalam SIS atau pangkalan data lain anda. Gunakan nilai person_id yang sama untuk merujuk kepada individu ini dalam jadual .csv dan kelas. | DAB7051F-BEBE-4852-8374-E205184A3069 | Ya/Ya |
person_number | Nombor lencana atau nombor ID yang mengenal pasti individu ini dalam organisasi anda. Tidak seperti person_id, person_number tidak digunakan untuk merujuk kepada individu ini dalam jadual .csv dan kelas. | 1025 | Tidak/Tidak |
first_name | Nama pertama atau nama yang diberi kepada individu tersebut. | Chella | Ya/Tidak |
middle_name | Nama tengah individu tersebut. | X | Tidak/Tidak |
last_name | Nama akhir atau keluarga individu tersebut. | Boehm | Ya/Tidak |
email_address | Alamat e‑mel individu tersebut. | cb@townshipschools.org | Tidak/Tidak |
sis_username | Nama pengguna untuk individu ini dalam SIS atau pangkalan data sekolah yang lain. | cxboehm | Tidak/Tidak |
password_policy | Dasar kata laluan yang harus digunakan oleh individu ini untuk mendaftar masuk ke akaun mereka. “8” adalah dasar standard dan lalai dan harus digunakan untuk semua kakitangan. | 8 | Tidak/Tidak |
location_id | location_id sekolah atau jabatan individu ini. | 7BF83DE0-9D69-4662-A1E9-DAAD468DEF09 | Ya/Tidak |