
Urus pembekal peranti dalam Apple School Manager
Anda boleh menambahkan peranti anda pada Apple School Manager pada masa pembelian. Untuk berbuat demikian, anda perlu:
Kongsikan ID Organisasi anda.
Masukkan Nombor Penjual Semula untuk Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular berdaftar yang anda beli.
Masukkan Nombor Pelanggan Apple jika anda membuat pembelian daripada Apple.
Terdapat dua cara anda boleh menambah Nombor Penjual Semula dan Nombor Pelanggan Apple:
Kali pertama anda memilih Peranti dalam bar sisi
Dengan memilih Keutamaan > Penugasan Perkhidmatan Pengurusan Peranti
ID Organisasi anda
ID Organisasi ialah pengecam unik dalam Apple School Manager. Apabila anda memberikan ID Organisasi anda kepada Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular berdaftar yang mengambil bahagian (dan anda menambahkan Nombor Penjual Semula bagi penjual semula tersebut pada profil akaun anda), anda membenarkan penjual semula tersebut menyerahkan peranti yang anda beli melalui mereka kepada Apple supaya nombor siri mereka muncul dalam Apple School Manager. ID Organisasi boleh juga digunakan dengan pembangun app supaya mereka boleh mengedarkan App Tersuai yang khusus ke organisasi anda.
Nombor Penjual Semula
Nombor Penjual Semula ialah pengecam unik bagi setiap Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular berdaftar yang membolehkan pembelian muncul dalam Apple School Manager secara automatik. Apabila anda menambahkan Nombor Penjual Semula Berdaftar Apple atau Nombor Penjual Semula pembawa yang mengambil bahagian pada profil akaun anda (dan memberi penjual semula tersebut ID Organisasi anda), anda membenarkan penjual semula atau pembawa itu menyerahkan peranti yang anda beli melalui mereka kepada Apple supaya nombor siri peranti muncul dalam Apple School Manager.
Jika anda tidak mengetahui Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple anda atau pembawa selular berdaftar anda yang mengambil bahagian, hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.
Selepas ID Organisasi dan Nombor Penjual Semula ditukar dan disahkan, anda boleh membuat aturan dengan Penjual Semula Berdaftar Apple anda atau pembawa selular berdaftar anda yang mengambil bahagian supaya mereka menyerahkan tempahan anda melalui portal mereka kepada Apple (ini tidak akan berlaku secara automatik).
Nombor Pelanggan Apple
Nombor Pelanggan Apple ialah nombor (atau berbilang nombor) akaun yang ditugaskan ke organisasi anda oleh Apple, digunakan untuk membeli perkakasan atau perisian Apple. Jika anda tidak mengetahui nombor tersebut, hubungi ejen pembelian anda, jabatan kewangan atau pasukan akaun Apple. Nombor ini tidak sama seperti nombor akaun GSX anda.
Cari ID Organisasi anda
Selepas organisasi anda diluluskan untuk Apple School Manager, anda boleh mencari ID Organisasi anda. Jika anda membeli peranti daripada Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular berdaftar, anda perlu memberikan ID Organisasi anda kepada mereka.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Maklumat Organisasi
.
Cari ID Organisasi anda.
Tambah Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula dalam bar sisi
Anda boleh menambahkan Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple anda atau pembawa selular berdaftar anda yang mengambil bahagian pada senarai nombor pelanggan anda pada kali pertama anda memilih tab Peranti dalam bar sisi.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih Peranti
dalam bar sisi, masukkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula, kemudian pilih Tambah.
Anda boleh menambahkan lebih daripada satu Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula.
Nota: Apabila memasukkan Nombor Pelanggan Apple anda, jangan masukkan nombor sifar hadapan.
Tambah Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula dalam Keutamaan
Anda boleh menambahkan Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple anda atau pembawa selular berdaftar anda yang mengambil bahagian pada senarai nombor pelanggan anda dalam Keutamaan Apple School Manager.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan
, kemudian pilih Penugasan Perkhidmatan Pengurusan Peranti
.
Pilih Edit di sebelah Nombor Pelanggan, masukkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula anda, kemudian pilih Selesai.
Jika butang Tambah hilang atau dimalapkan, maklumat ini mungkin sudah disimpan.
Nota: Apabila memasukkan Nombor Pelanggan Apple anda, jangan masukkan nombor sifar hadapan.