![](https://help.apple.com/assets/661DA8E484CAC7D29D0A29D4/661DA8E74EAB261820082179/ms_MY/027012655ffa60501a6b40df04cf18a2.png)
Pengenalan kepada pelayan MDM dalam Keperluan Perniagaan Apple
Peranti yang ditambahkan kepada organisasi pada masa pembelian atau melalui Apple Configurator boleh ditugaskan kepada penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) (dipanggil Pelayan MDM dalam Apple School Manager) dan organisasi boleh mempunyai beberapa pelayan MDM.
Menugaskan peranti ke pelayan MDM ialah seting yang digunakan pada kali seterusnya peranti melalui Pembantu Persediaan. Peranti tersebut menggunakan Pendaftaran Peranti Automatik, membenarkan peranti didaftarkan ke dalam pengurusan semasa persediaan awal. Menugaskan pelayan MDM tidak menjejaskan pendaftaran semasa peranti.
Terima kasih atas maklum balas anda.