
Aliran kerja peranti dalam Apple School Manager
Apple School Manager menyediakan cara yang cepat dan diperkemas untuk anda mengerahkan peranti Apple yang dibeli oleh organisasi anda secara langsung daripada Apple, Penjual Semula Berdaftar Apple yang mengambil bahagian atau pembawa selular berdaftar. Anda boleh mendaftarkan peranti secara automatik dalam perkhidmatan pengurusan peranti tanpa perlu menyentuh atau menyediakan peranti secara fizikal sebelum pengguna menerima peranti. Dan dengan perkhidmatan pengurusan peranti anda, anda dapat memudahkan lagi proses persediaan untuk pengguna dengan mengeluarkan langkah tertentu dalam Pembantu Persediaan, agar pengguna dapat bermula dengan cepat.
Lihat Panduan Pengerahan Apple untuk Pendidikan K–12 bagi mengetahui lebih lanjut tentang pengerahan peranti Apple dengan berjaya di persekitaran pembelajaran anda untuk pengerahan satu dengan satu dan pengerahan dikongsi.
Selepas anda mendaftar untuk Apple School Manager, anda perlu melengkapkan lima langkah sebelum anda boleh mula mengurus peranti.
Langkah 1: Pautkan kepada Apple atau kepada penjual semula yang mengambil bahagian
Jika anda memautkan Nombor Pelanggan Apple atau Nombor Penjual Semula anda kepada Apple School Manager, selepas pemautan selesai, mana-mana tempahan peranti berikut akan muncul secara automatik dalam Apple School Manager: iPhone, iPad, Mac, Apple TV, Apple Watch, Apple Vision Pro. Lihat Urus pembekal peranti.
Langkah 2: Paut kepada perkhidmatan pengurusan peranti luaran
Anda perlu memaut kepada sekurang-kurangnya satu perkhidmatan pengurusan peranti luaran dalam Apple School Manager sebelum anda boleh mula menugaskan peranti.
Langkah 3: Tambahkan peranti anda ke Apple School Manager
Peranti yang dibeli dengan Nombor Pelanggan Apple anda atau Nombor Penjual Semula muncul secara automatik dalam Apple School Manager. Anda juga boleh menambah peranti yang anda miliki secara manual menggunakan Apple Configurator. Lihat Tambah peranti daripada Apple Configurator.
Langkah 4: Tugaskan peranti kepada perkhidmatan pengurusan peranti
Selepas peranti muncul dalam Apple School Manager, anda perlu menugaskan peranti kepada perkhidmatan pengurusan peranti. Anda boleh menugaskan peranti kepada perkhidmatan pengurusan peranti secara manual atau menyediakan penugasan automatik. Lihat Tugaskan, tugaskan semula atau batalkan tugasan peranti.
Langkah 5: Daftarkan peranti dalam perkhidmatan pengurusan peranti
Organisasi boleh menugaskan peranti dalam perkhidmatan pengurusan peranti dan menggunakan dasar pengurusan pada peranti. Anda boleh mendaftarkan peranti yang anda miliki secara automatik atau pengguna boleh mendaftarkan peranti mereka secara manual. Apabila pengguna mendaftarkan peranti, konfigurasi pendaftaran pengurusan peranti menugaskan peranti kepada perkhidmatan pengurusan peranti dan menambahkan peranti pada senarai peranti dalam Apple School Manager.
Pendaftaran yang dipacu akaun
Pendaftaran Pengguna yang dipacu akaun dan Pendaftaran Peranti yang dipacu akaun menyediakan cara yang selamat dan lancar untuk pengguna menyediakan peranti Apple bagi tujuan kerja dengan mendaftar masuk dengan Akaun Apple Terurus.
Pendekatan ini membolehkan Akaun Apple Terurus dan juga Akaun Apple tidak terurus (peribadi) didaftar masuk pada peranti yang sama, dengan pengasingan data kerja dan data peribadi. Pengguna mengekalkan privasi maklumat peribadi mereka, sementara IT boleh menyokong app, seting dan akaun yang berkaitan dengan kerja.
Apple School Manager membolehkan perkhidmatan pengurusan peranti luaran yang anda pautkan mengkonfigurasikan penemuan perkhidmatan alternatif untuk domain yang disahkan. Anda boleh mengeset tugasan peranti lalai untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple Vision Pro kepada perkhidmatan pengurusan peranti masing-masing.