
Tambah pengguna secara manual dalam Apple School Manager
Dalam Apple School Manager, anda boleh menambahkan pengguna secara manual dan menugaskan peranan kepada mereka. Pengguna ini boleh ditambahkan pada bila-bila masa. Anda perlu mempunyai maklumat khusus untuk setiap pengguna, seperti nama dan alamat e-mel mereka, dan anda juga perlu menugaskan peranan kepada setiap pengguna.
Pentadbir
Anda boleh mempunyai sehingga empat pengguna tambahan dengan peranan Pentadbir.
Penting: Sediakan sekurang-kurangnya satu pengguna tambahan dengan peranan Pentadbir sekiranya pengguna asal anda dengan peranan Pentadbir tidak dapat mendaftar masuk atas apa-apa sebab. Anda juga boleh menukar apa-apa peranan Pengurus yang dicipta secara manual kepada peranan Pentadbir.
Pengurus
Jika anda ada orang lain di dalam organisasi anda yang akan mengurus individu, peranti dan kandungan, anda boleh menambahnya dalam Apple School Manager. Dengan cara ini, anda mengagihkan tanggungjawab pengurusan tugas tertentu—contohnya, di kawasan sekolah atau kolej yang besar, yang jabatannya mungkin ingin mengurus peranti dan senarai pelajar mereka sendiri.
Pengguna dengan peranan mana-mana pengurus boleh melakukan perkara berikut, bergantung pada jenis pengurus, mereka boleh:
Tambah pelajar, kakitangan dan kelas: Pengurus Laman boleh menyepadukan Sistem Maklumat Pelajar (SIS), atau memuat naik fail .csv menggunakan Protokol Pemindahan Fail Selamat (SFTP).
Mengurus pengguna: Pengurus Individu boleh menetapkan semula kata laluan, menugaskan peranan dan menukar status akaun pengguna.
Menyediakan peranti: Pengurus Pendaftaran Peranti boleh mendaftarkan peranti Apple dalam perkhidmatan pengurusan peranti semasa pengaktifan peranti dan melangkau langkah persediaan asas untuk membolehkan pengguna bermula dengan cepat.
Membeli dan mengedarkan kandungan: Pengurus Kandungan boleh membeli lesen untuk kandungan supaya perkhidmatan pengurusan peranti boleh menugaskan lesen (atau untuk app, menugaskan semula lesen).
Tambah pengguna baharu dengan peranan Pentadbir
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih butang Tambah
di bahagian tengah atas tetingkap.Masukkan maklumat mandatori berikut:
Nama pertama dan akhir
Peranan
Lokasi
Akaun Apple Terurus
Jika perlu, masukkan maklumat pilihan berikut:
Parap nama tengah atau nama
Alamat e‑mel
ID Individu: ID unik untuk mengenal pasti pengguna ini dalam SIS anda atau pangkalan data yang lain. Gunakan ID Individu yang sama untuk merujuk individu ini dalam fail .csv berikut: jadual, kursus dan kelas.
Nombor Individu: ID angka abjad unik akaun, seperti nombor lencana.
Pilih Simpan di penjuru kanan bawah tetingkap.
Cipta maklumat daftar masuk untuk pentadbir baharu.
Penting: Akaun tidak aktif sehingga pentadbir baharu mendaftar masuk dan menukar kata laluan mereka.
Tambah pengguna baharu
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk menambahkan pengguna.Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih butang Tambah
di bahagian tengah atas tetingkap.Masukkan maklumat mandatori berikut:
Nama pertama dan akhir
Peranan
Lokasi
Akaun Apple Terurus
Pilih permulaan bagi Akaun Apple Terurus.
Anda juga boleh memasukkan teks, seperti noktah (sebagai contoh, eliza.block), dalam medan.
Pilih domain yang disahkan daripada senarai.
Jika perlu, masukkan maklumat pilihan berikut:
Parap nama tengah atau nama
Alamat e‑mel
ID Individu: ID unik untuk mengenal pasti pengguna ini dalam SIS anda atau pangkalan data yang lain. Gunakan ID Individu yang sama untuk merujuk individu ini dalam fail .csv berikut: jadual, kursus dan kelas.
Nombor Individu: ID angka abjad unik akaun, seperti nombor lencana.
Pilih Simpan di penjuru kanan bawah tetingkap.
Cipta maklumat daftar masuk untuk pengguna baharu.
Penting: Akaun tidak aktif sehingga pengguna mendaftar masuk dan menukar kata laluan mereka.
Tambah peranan pengurus kepada pengguna sedia ada
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai keistimewaan untuk menugaskan peranan kepada pengguna.Pilih Pengguna
dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.Pilih pengguna daripada senarai.
Pilih butang Edit
, pilih peranan pengurus dan lokasi, kemudian pilih Simpan.