Tambah Baik Schoolwork dalam Apple School Manager
Organisasi anda boleh membenarkan Apple untuk memproses data penggunaan Schoolwork oleh pelajar dan pengajar dengan cara yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi, menggunakan teknik seperti pembelajaran mesin, untuk menambah baik Schoolwork. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal privasi dan keselamatan untuk produk Apple dalam pendidikan.
Hidupkan Menambah Baik Schoolwork untuk seluruh organisasi
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian pilih Akaun .
Lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Dayakan di sebelah Menambah Baik Schoolwork.
Pilih Lumpuhkan di sebelah Menambah Baik Schoolwork, baca dialog, kemudian pilih Lumpuhkan.
Untuk memilih keluar pelajar atau pengajar tertentu, lihat Matikan Menambah Baik Schoolwork untuk satu akaun.
Matikan Menambah Baik Schoolwork untuk satu akaun
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Pengguna dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari pengguna dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih pengguna daripada senarai, pilih , pilih Lumpuhkan Menambah Baik Schoolwork, baca dialog, kemudian pilih Lumpuhkan.
Anda akan menerima mesej mel yang mengesahkan bahawa akaun pelajar itu telah dikeluarkan daripada menambah baik Schoolwork.