Panduan Pengguna Apple School Manager
Edit maklumat daftar masuk SFTP dalam Apple School Manager
Anda boleh melihat semua sambungan SFTP untuk lokasi anda, melihat dan mereset kata laluan SFTP dan putuskan sambungan SFTP anda dari Apple School Manager.
Edit maklumat daftar masuk SFTP
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.
Pilih Lokasi dalam bar sisi, kemudian pilih lokasi.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, pilih Keutamaan , pilih Penyegerakan Direktori , kemudian pilih sumber data yang mengandungi maklumat SFTP yang ingin anda semak.
Jika perlu, edit kata laluan yang digunakan untuk sambungan SFTP, kemudian pilih Simpan.
Terima kasih atas maklum balas anda.