
Cipta kelas secara manual dalam Apple School Manager
Dalam Apple School Manager, kelas ialah sekumpulan individu yang kebanyakannya terdiri daripada akaun pelajar. Setiap kelas mempunyai sekurang‑kurangnya seorang pengajar yang ditugaskan (pilihan). Perkhidmatan pengurusan peranti anda menjadikan kelas ini tersedia untuk digunakan dalam app Classroom. Kelas yang anda cipta secara manual dinamakan menggunakan gabungan perkara berikut: nama kelas, nama kursus dan nombor kursus. Anda hanya boleh mengedit atau memadamkan kelas yang dicipta secara manual.
Nota: Sesetengah ciri memerlukan iPad Yang Dikongsi.
Apple School Manager dan Classroom
Jika pengajar menggunakan iPadOS 14.5 atau macOS 11.3 atau lebih baharu, mereka boleh bersambung kepada kelas dalam konfigurasi berdekatan, jauh dan hibrid dalam Classroom menggunakan Akaun Apple Terurus mereka daripada Apple School Manager, dan kemudian menjemput pengajar dan pelajar lain ke kelas. Tiada perkhidmatan pengurusan peranti diperlukan, namun penyepaduan dengan perkhidmatan sedemikian dapat mengubah cara peranti pelajar berfungsi dalam kelas dengan menyekat ciri tertentu. Kelas ini juga tidak serasi dengan profil konfigurasi pendidikan daripada perkhidmatan pengurusan peranti anda yang mencipta kelas yang disegerakkan.
Nota: Pengajar juga boleh mencipta kelas berdekatan dengan menggunakan iOS 14 dan macOS 11.
Menggunakan kelas yang disegerakkan dengan Apple School Manager membolehkan ciri berikut:
Pengajar boleh mencipta kelas dalam versi terkini Classroom atau Schoolwork 2 atau lebih baharu jika mereka mempunyai keistimewaan yang sewajarnya dalam Apple School Manager.
Kelas muncul secara automatik dan dapat digunakan pada peranti yang sama, tidak kira cara ia dicipta.
Kelas disegerakkan ke semua peranti dengan Akaun Apple Terurus.
Untuk melihat senarai lengkap keperluan untuk kelas yang disegerakkan dengan Apple School Manager, lihat Keperluan Classroom untuk kelas yang disegerakkan dengan Apple School Manager dalam Panduan Pengerahan Apple untuk Pendidikan.
Cipta kelas secara manual
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman, Pengurus Individu atau Pengajar.
Pilih Kelas dalam bar sisi.
Pilih
, kemudian berikan maklumat berikut:
Nama panggilan (pilihan): Ini merupakan nama yang diset oleh pengajar dalam Schoolwork. Nama panggilan ini akan dipaparkan dalam Schoolwork, dan dengan perkhidmatan pengurusan peranti yang menyokong, dalam Classroom serta pada iPad Yang Dikongsi.
Nama kursus (pilihan): Kursus hanya boleh dicipta melalui penyepaduan dengan Sistem Maklumat pelajar (SIS) atau diimport menggunakan SFTP.
ID Kelas (pilihan): Nombor yang digunakan untuk mengenal pasti kelas ini secara unik dalam SIS anda atau pangkalan data yang lain. Gunakan ID Kelas yang sama untuk merujuk kelas ini dalam fail rosters.csv.
Nombor kelas (pilihan): Nombor kelas yang mengenal pasti kelas ini dalam organisasi anda. Tidak seperti ID Kelas, Nombor Kelas tidak digunakan untuk merujuk kelas ini dalam fail rosters.csv.
Lokasi: Lokasi Apple School Manager untuk kelas ini.
Pengajar (pilihan): Pengguna yang mempunyai peranan Pengajar boleh ditambahkan ke kelas ini.
Pelajar (pilihan): Pengguna yang mempunyai peranan Pelajar boleh ditambahkan ke kelas ini.
Pilih Simpan.
Tambah pelajar ke kelas yang dicipta secara manual
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman, Pengurus Individu atau Pengajar.
Pilih Kelas dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari kelas dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih satu atau beberapa kelas, pilih
, kemudian pilih Tambah dalam bahagian Pelajar.
Cari satu atau beberapa pelajar yang ingin ditambahkan, kemudian pilih Tambah.
Setelah anda selesai menambah pelajar, pilih Selesai, kemudian pilih Simpan.
Tukar lokasi kelas yang dicipta secara manual
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman, Pengurus Individu atau Pengajar.
Pilih Kelas dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari kelas dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih
, ubah lokasi kelas, pilih Selesai, kemudian pilih Simpan.
Padamkan kelas yang dicipta secara manual
Jika kelas digunakan dalam Schoolwork, data kemajuan akan dipadamkan dan Edaran yang berkaitan akan disimpan untuk semua pengajar yang mempunyai akses kepada kelas itu. Akaun Pelajar dan Pengajar akan kekal dalam Apple School Manager.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman, Pengurus Individu atau Pengajar.
Pilih Kelas dalam bar sisi, kemudian pilih atau cari kelas dalam medan carian. Lihat Cara mencari.
Pilih Padam Kelas, semak maklumat dalam dialog, kemudian pilih Padam.