
Selesaikan konflik akaun pengguna Microsoft Entra ID SCIM dalam Apple School Manager
Semasa kali pertama anda menggunakan SCIM Microsoft Entra ID untuk mengimport pengguna ke dalam Apple School Manager, Auto Gabung perlu dilumpuhkan dan semua konflik akaun pengguna perlu diselesaikan secara manual.
Penting: Jika Auto Gabung dihidupkan, akaun baharu digabungkan dengan akaun sedia ada dalam Apple School Manager.
Jika anda memutuskan sambungan daripada Microsoft Entra ID dan menyambung semula, anda boleh memilih sama ada mahu menggabungkan akaun Entra ID dan akaun Apple School Manager sedia ada yang sebelum ini diimport menggunakan sumber data (seperti SFTP). Selepas anda menyambung semula, semak log peruntukan Entra ID. Selepas semua akaun disegerakkan ke Apple School Manager, anda boleh memilih untuk melumpuhkan Auto Gabung untuk mengelakkan sebarang masalah penggabungan akaun.
Lumpuhkan Auto Gabung
Jika anda ingin akaun yang mempunyai konflik disambungkan ke SCIM, mulakan dengan menyelesaikan konflik secara manual dengan melumpuhkan Auto Gabung.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan
, kemudian pilih Penyegerakan Direktori
.Matikan Auto Gabung.
Selesaikan konflik akaun pengguna Microsoft Entra ID secara manual
Jika anda mahu akaun yang mempunyai konflik disambungkan dengan SCIM, anda boleh menyelesaikan konflik tersebut secara manual.
Dalam Apple School Manager
, daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Individu.Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan
, kemudian pilih Penyegerakan Direktori
.Pilih Edit di sebelah bahagian SCIM, baca dengan teliti mesej Konflik Akaun, kemudian pilih Selesaikan.
Pilih butang Muat Turun Konflik untuk memuat turun senarai konflik akaun, kemudian semak konflik tersebut.
Jika akaun yang mempunyai konflik adalah serupa antara satu sama lain dalam Microsoft Entra ID dan Apple School Manager, pilih Gabung.
Cara konflik boleh berlaku
Konflik boleh berlaku dalam salah satu daripada cara berikut:
Nama pengguna akaun mempunyai konflik dengan Akaun Apple Terurus sedia ada untuk akaun pengguna yang diimport daripada SFTP atau SIS
Sambungan SCIM telah dinyahsambungkan dan disambung semula, serta satu akaun Apple School Manager telah diimport menggunakan SCIM.
Akaun pengguna Apple School Manager mempunyai nilai ID Individu dan Akaun Apple Terurus yang sepadan dengan nama pengguna Microsoft Entra ID yang cuba anda import menggunakan SCIM.
Pilihan Segerakkan Hanya Pengguna dan Kumpulan Yang Ditugaskan didayakan, dan tindakan berikut berlaku mengikut tertib.
1. Pengguna dikeluarkan daripada app Entra ID Apple School Manager.
2. Pengguna kemudian dipadamkan daripada Microsoft Entra ID.
3. Pengguna baharu dicipta dalam Microsoft Entra ID dengan nama pengguna yang sama.
4. Pengguna baharu ditambahkan pada app Entra ID Apple School Manager.
