
Gunakan templat Kelas Apple dalam Apple School Manager
Gunakan templat Kelas Apple untuk mengimport kelas menggunakan SFTP. Templat perlu mengandungi nilai course_id bagi setiap kursus.
Anda boleh menugaskan lebih daripada tiga pengajar kepada kelas dengan menambahkan lebih banyak lajur pengajar pada templat ini. Anda boleh menambah hingga 12 lajur pengajar yang bernama instructor_id_4, instructor_id_5 dan seterusnya hingga instructor_id_15. Untuk setiap kelas, anda juga boleh memasukkan satu lagi nilai person_id untuk pengajar sebagai pilihan. Ini hendaklah sepadan dengan nilai person_id yang digunakan dalam templat Kakitangan Apple. Jika masukan ini tidak sepadan, proses muat naik akan gagal. Lihat Templat Kakitangan Apple.
Kelas dengan sumber manual akan terus disegerakkan dengan perkhidmatan pengurusan anda, tetapi mungkin tidak lagi muncul dalam app Classroom. Anda boleh memadamkan kelas yang dicipta secara manual dalam Apple School Manager jika anda mahu mengeluarkan kelas tersebut daripada penyegerakan.
Penting: Jika kelas dikeluarkan daripada muat naik, pelajar akan dikeluarkan daripada kelas dan sumber bertukar kepada Manual. Jika kursus digunakan dalam Schoolwork, senarai kelas akan dikeluarkan dan kursus baharu perlu dicipta untuk pendaftaran semula. Jika kelas digunakan dalam Schoolwork, data kemajuan akan dipadamkan secara automatik dan tidak lagi tersedia kepada pengajar atau pelajar.
Nilai | Penerangan | Contoh | Diperlukan/Unik | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
class_id | Nombor itu digunakan untuk mengenal pasti secara unik kelas ini dalam SIS atau pangkalan data lain anda. Gunakan nilai class_id yang sama untuk merujuk kepada kelas ini dalam fail .csv jadual. | F9BF05A9-E40B-4CAD-9B4A-2E0C09EDCCC4 | Ya/Ya | ||||||||
location_id | location_id sekolah atau jabatan kelas ini. | 7BF83DE0-9D69-4662-A1E9-DAAD468DEF09 | Ya/Tidak | ||||||||
course_id | course_id kursus kelas ini. | 5A3FAD0C-F725-44A4-9BDF-B7F9FF68EFF4 | Ya/Tidak | ||||||||
class_number | Nombor atau kod yang mengenal pasti kelas ini dalam organisasi anda. Berbeza dengan class_id, class_number tidak digunakan untuk merujuk kepada kelas ini dalam fail .csv jadual. | 40 | Tidak/Tidak | ||||||||
instructor_id juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar yang mengajar kelas ini. Semua kakitangan menerima peranan pengajar. | DAB7051F-BEBE-4852-8374-E205184A3069 | Tidak/Tidak | ||||||||
instructor_id_2 juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar kedua yang mengajar kelas ini. | 106F0FB2-4338-4CE3-AA3A-6FBC6927AE25 | Tidak/Tidak | ||||||||
instructor_id_3 juga dikenali sebagai person_id | person_id pengajar ketiga yang mengajar kelas ini. | 8CA182D9-3F8C-4659-859E-97D507179B54 | Tidak/Tidak |