AirPods Pro (generasi ke-2).

Pasangkan AirPods anda

Anda boleh memasangkan AirPods dengan peranti Apple anda untuk mendengar muzik, filem, mesej dan banyak lagi. Selepas anda menyediakan AirPods anda dengan satu peranti Apple (seperti iPhone anda), AirPods anda bersambung secara automatik ke peranti Apple anda yang lain yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.

Pasangkan AirPods dengan peranti Apple

AirPods (generasi ke-2).

Dengar dengan ketikan atau tekanan

Dengan hanya satu ketikan atau tekanan, jeda dan sambung main balik video, langkau trek muzik, aktifkan Siri dan banyak lagi—semua tanpa menggunakan peranti lain.

Ketahui cara menggunakan kawalan AirPods

Skrin kelantangan dalam Pusat Kawalan menunjukkan paras kelantangan untuk AirPods Max. Di bawah penunjuk kelantangan di sebelah kiri ialah ikon Kawalan Bunyi/Pembatalan Bunyi, yang menunjukkan Kawalan Bunyi aktif. Di sebelah kanan ialah ikon Audio Ruang/Kepala Dijejak, menandakan yang Audio Ruang dan penjejakan kepala aktif.

Tala halus persekitaran anda

Berikan sepenuh perhatian anda kepada perkara yang penting dalam waktu tersebut. Aktifkan Pembatalan Bunyi dengan AirPods Pro (semua generasi) atau AirPods Max untuk menghalang bunyi luaran dan apabila anda perlu mendengar anjing menyalak atau cerek berbunyi, tukar ke mod Ketelusan. Dengan AirPods Pro (generasi ke-2), anda juga boleh menggunakan Audio Adaptif untuk melaraskan kawalan paras bunyi mengikut persekitaran anda.

Bertukar antara mod kawalan bunyi

Skrin dalam app Cari pada iPhone. Lokasi AirPods ditunjukkan pada peta San Francisco, dengan alamat disenaraikan dan pilihan Mainkan Bunyi dan Cari.

Cari AirPods anda

Cari dan dapatkan arah ke AirPods anda apabila ia hilang dengan app Cari. Jika AirPods anda berdekatan, anda boleh memainkan bunyi pada AirPods anda untuk membantu anda mencarinya, mengesetkan isyarat pemisahan untuk memberitahu anda jika anda tertinggalnya dan banyak lagi.

Cari AirPods dalam Cari

Skrin Peranti Pendengaran dalam Pusat Kawalan. Dari atas ke bawah, ia termasuk Paras Fon Kepala dalam desibel, Penyesuaian Fon Kepala, Bunyi Latar Belakang, Dengar Secara Langsung dan Peningkatan Perbualan.

Direka untuk anda

Ciri terbina dalam pada AirPods anda boleh menjadikannya lebih mudah untuk fokus pada kerja anda, menggunakan kawalan AirPods dan mendengar orang bercakap di dalam bilik.

Bermula dengan ciri kebolehcapaian

Untuk meneroka Panduan Pengguna AirPods, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.