Gunakan Siri dengan AirPods Max
Anda boleh menggunakan Siri dengan AirPods Max anda untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan dalam Panduan Pengguna iPhone.
Aktifkan Siri dengan suara anda
Pakai AirPods Max anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Sebut “Hai Siri”, kemudian gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi.
Sebagai contoh, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, macam mana pelangi terbentuk?” atau “Hai Siri, cipta mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9” untuk mencipta peristiwa dalam Kalendar.
Aktifkan Siri dengan Digital Crown
Pakai AirPods Max anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Tekan dan tahan Digital Crown, tunggu bunyi loceng, kemudian gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi.