Gunakan Siri dengan AirPods Pro (semua generasi)
Anda boleh menggunakan Siri dengan AirPods Pro untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan dalam Panduan Pengguna iPhone.
Gunakan suara anda untuk mengaktifkan Siri
Pakai AirPods Pro anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Sebut “Hai Siri”, kemudian gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi.
Contohnya, sebut sesuatu seperti “Hai Siri, macam mana pelangi terbentuk?”
Petua: Jika anda mempunyai AirPods Pro (generasi ke-2), anda boleh mengaktifkan Siri dengan “Siri”. Sebagai contoh, sebutkan sesuatu seperti “Siri, tetapkan mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9” untuk mencipta peristiwa dalam Kalendar.
Tekan batang untuk mengaktifkan Siri
Pakai AirPods Pro anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Tekan dan tahan batang pada salah satu AirPods anda, tunggu bunyi loceng, kemudian buat permintaan anda.
Nota: Untuk menyediakan AirPods Pro (generasi pertama) bagi mengaktifkan Siri apabila anda menekan dan menahan batang pada salah satu AirPods anda, lihat Tukar seting anda untuk mengaktifkan Siri dengan sentuhan.