Tandakan AirPods sebagai hilang
Jika anda tersalah letak AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro (generasi pertama), atau AirPods Max, anda boleh menandakan AirPods anda sebagai hilang dan mencipta mesej yang menyediakan maklumat hubungan anda.
Jika anda mempunyai AirPods Pro (generasi ke-2), anda juga boleh menandakan setiap AirPods secara berasingan serta bekas anda sebagai hilang, sekiranya anda kehilangan hanya satu atau AirPods anda terpisah daripada bekas. (iOS 16, iPadOS 16.1, macOS 13, atau lebih baharu diperlukan.)
Pada peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Buka app Cari , ketik Peranti, ketik nama AirPods anda, kemudian di bawah Tanda sebagai Hilang, ketik Aktifkan.
Apple Watch: Buka app Cari Peranti , ketik peranti, ketik Mod Hilang, kemudian aktifkan Mod Hilang.
Mac: Buka app Cari , klik peranti, pilih AirPods anda, klik , kemudian klik Aktifkan.
Ikuti arahan atas skrin.
Nota: Untuk menandakan AirPods anda sebagai hilang, rangkaian Cari mestilah aktif sebelum AirPods anda hilang. Lihat Aktifkan rangkaian Cari.