Mainkan audio pada AirPods Max
Semasa anda memakai AirPods Max, anda boleh memainkan, menjeda atau melangkau audio yang dimainkan pada iPhone, iPad, Apple Watch, Mac, atau Apple TV anda.
Main dan jedakan audio
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Tekan Digital Crown untuk memainkan atau menjedakan audio.
Hentikan audio
Tanggalkan AirPods Max daripada kepala anda.
Nota: Jika anda tidak mahu AirPods memainkan dan menghentikan audio secara automatik, lihat Nyahaktifkan Pengesanan Kepala Automatik.
Langkau trek
Untuk melangkau ke depan, dwiklik Digital Crown dengan cepat. Untuk melangkau ke belakang, klik Digital Crown tiga kali dengan cepat.
Lindungi pendengaran anda
Anda boleh memantau dan mengehadkan kelantangan AirPods anda menggunakan iPhone atau iPad anda. Lihat Semak paras fon kepala anda dalam Panduan Pengguna iPhone.
Untuk menyambungkan AirPods Max anda ke pemain audio dengan kabel, lihat Sambung AirPods Max dengan kabel audio.