Gunakan Siri dengan AirPods (generasi ke-3)
Anda boleh menggunakan Siri dengan AirPods (generasi ke-3) anda untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi. Lihat Ketahui perkara yang Siri boleh lakukan dalam Panduan Pengguna iPhone.
Gunakan suara anda untuk mengaktifkan Siri
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Sebut “Hai Siri”, kemudian gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan kepada soalan, mengawal app dan banyak lagi.
Sebagai contoh, sebutkan sesuatu seperti “Hai Siri, macam mana pelangi terbentuk?” atau “Hai Siri, cipta mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9” untuk mencipta peristiwa dalam Kalendar.
Tekan batang untuk mengaktifkan Siri
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Tekan dan tahan batang pada salah satu AirPods anda, tunggu bunyi loceng, kemudian buat permintaan anda.
Lihat jugaKawalan AirPods