Aktifkan rangkaian Cari
Apabila rangkaian Cari diaktifkan, anda boleh melihat lokasi AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro (semua generasi), atau AirPods Max dalam app Cari sehingga 24 jam selepas ia terakhir disambungkan ke peranti anda, walaupun jika ia tidak berdekatan.
Jika anda mempunyai AirPods Pro (generasi ke-2), anda memerlukan iOS 16, iPadOS 16.1, macOS 13 atau lebih baharu untuk menggunakan rangkaian Cari.
Penting: Untuk menggunakan app Cari untuk mencari AirPods apabila ia di luar talian, rangkaian Cari mestilah aktif sebelum ia hilang.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin.
Skrol ke bawah, kemudian aktifkan rangkaian Cari.
Nota: Jika orang menggunakan AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro (semua generasi) atau AirPods Max anda dengan berbilang Apple ID, hanya orang yang mengaktifkan rangkaian Cari boleh melihatnya dalam app Cari. Anda juga mungkin mendapat isyarat jika AirPods orang lain berada dengan anda. Lihat artikel Sokongan Apple Perkara untuk dilakukan jika anda menerima isyarat bahawa AirTag, aksesori rangkaian Cari, atau satu set AirPods bersama dengan anda.