Kawal main balik dalam app Apple TV
Semasa anda menonton rancangan TV, filem atau acara sukan dalam app Apple TV, anda boleh menunjukkan kawalan main balik atas skrin untuk memainkan, menjeda, memutar balik atau maju pantas dan banyak lagi.
Ikon | Perihalan | ||||||||||
Langkau ke belakang atau ke depan pada peranti mudah alih atau komputer. Melangkau ke belakang akan mengaktifkan sari kata selama 10 saat. Pada TV atau peranti ruang tamu, gunakan butang alat kawalan jauh. | |||||||||||
Tukar trek atau bahasa audio pada TV atau peranti ruang tamu, komputer atau peranti Android. | |||||||||||
Tingkatkan dialog pada iPhone atau iPad. | |||||||||||
Aktifkan atau nyahaktifkan sari kata dan kapsyen, atau pilih pilihan atau gaya sari kata. | |||||||||||
Mulakan tontonan gambar dalam gambar pada peranti mudah alih atau komputer. | |||||||||||
Strim video daripada peranti Android ke peranti Google Cast. | |||||||||||
Pilih pilihan kelajuan main balik pada iPhone atau iPad. | |||||||||||
Ikut arahan atas skrin untuk berkongsi episod, filem, treler atau acara sukan pada peranti mudah alih atau komputer. | |||||||||||
Untuk menyembunyikan kawalan main balik, tekan butang belakang pada alat kawalan jauh, ketik atau klik skrin, atau tunggu sehingga kawalan hilang.
Kawal main balik menggunakan alat kawalan jauh
Pada TV atau peranti ruang tamu, gunakan alat kawalan jauh untuk melakukan mana-mana yang berikut semasa main balik dalam app Apple TV:
Main atau jeda: Tekan butang tengah atau main pada alat kawalan jauh.
Langkau ke belakang atau ke depan 10 saat: Tekan butang kiri atau kanan untuk langkau ke depan atau ke belakang. Tekan lagi untuk melangkau lagi 10 saat.
Petua: Apabila anda melangkau ke belakang 10 saat, sari kata diaktifkan secara automatik supaya anda boleh menonton semula bahagian itu dengan sari kata.
Putar balik atau maju pantas berterusan: Tekan dan tahan butang kiri atau kanan untuk putar balik atau maju pantas, atau tekan mana-mana butang berulang kali untuk kitar menerusi pilihan kelajuan putar balik atau maju pantas (2x, 3x, 4x). Tekan butang tengah atau main untuk meneruskan main balik.
Untuk Apple TV 4K, lihat Panduan Pengguna Apple TV 4K.
Untuk Apple Vision Pro, lihat Panduan Pengguna Apple Vision Pro.







