Hadkan akses ke kandungan dalam app Apple TV
Anda boleh mengkonfigurasi app Apple TV untuk mengehadkan kandungan tertentu supaya hanya pengguna yang dibenarkan boleh menonton, memainkan item daripada hasil carian, atau membuat pembelian. Pengehadan kandungan ini juga kerap dipanggil kawalan ibu bapa. Anda boleh mengehadkan pelbagai jenis kandungan dan aktiviti, seperti:
Membeli filem dan rancangan TV
Memainkan filem atau rancangan TV yang dibeli dalam Kedai berdasarkan penilaian kandungan
Memainkan kandungan yang dikenal pasti sebagai eksplisit
Menyekat main balik item daripada hasil carian untuk kandungan yang dikenal pasti sebagai eksplisit
Untuk mengesetkan atau menggantikan pengehadan, anda mesti memasukkan kod laluan.
Aktifkan pengehadan kandungan
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Pengehadan, aktifkan Pengehadan, kemudian masukkan kod laluan empat digit.
Sebaik sahaja anda memasukkan dan mengesahkan kod laluan, pengehadan dan pilihan lain dalam menu Pengehadan didayakan.
Tukar kod laluan
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Pengehadan.
Pilih Tukar Kod Laluan, masukkan kod laluan semasa, kemudian masukkan kod laluan baharu.
Konfigurasikan jenis kandungan yang dihadkan
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Pengehadan dan masukkan kod laluan jika diperlukan.
Pilih pilihan untuk mengehadkan pembelian dan sewaan, jenis kandungan dibenarkan dan seting lain.
Anda mesti mengaktifkan Pengehadan terlebih dahulu untuk mengkonfigurasi seting Pengehadan. Untuk mengakses kandungan yang dihadkan, anda mesti memasukkan kod laluan untuk setiap kali.
Keluarkan semua pengehadan
Anda boleh mengeluarkan semua pengehadan buat sementara dan menambahnya semula kemudian.
Pergi ke app Apple TV
pada TV pintar, peranti penstriman, atau konsol permainan anda.
Buka bar sisi, kemudian pilih Seting.
Pergi ke Pengehadan.
Masukkan kod laluan, kemudian setkan Pengehadan kepada Tak Aktif.
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh menggunakan peranti iOS anda untuk mengehadkan kandungan yang ahli keluarga anda boleh beli—termasuk mendayakan Minta untuk Beli, yang membenarkan anak anda membeli item hanya dengan kebenaran ibu bapa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga dalam app Apple TV.