Mampatkan dan nyahmampatkan arkib fail
Apabila menghantar folder dan berbilang fail antara komputer, ianya membantu untuk memampatkannya ke arkib tunggal. Ini menjimatkan ruang, membenarkan anda memindahkan hanya satu item dan bukannya banyak dan membuatkan ianya mudah untuk teruskan sekiranya tugas itu digantung atas sebab tertentu.
Dalam Terminal, anda boleh unakan alat GNU tar
untuk memampatkan dan menyahmampatkan fail dan folder.
Sambungan fail biasa untuk arkib tar dimampat adalah .tgz, walaupun anda mungkin melihat fail berakhir dengan .tar.gz. Jika arkib tidak dimampat, ia selalunya berakhir dengan .tar.
Nota: Ianya lebih mudah untuk memampat atau menyahmampat fail secara terus dalam Finder (ianya disyorkan supaya anda menggunakan perintah tar
dalam Terminal hanya jika anda perlu mencipta arkib tar secara khusus). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Mampatkan atau nyahmampatkan fail dan folder dalam Bantuan Mac.
Cipta arkib tar
Untuk pemampatan asas folder yang bernama, contohnya “LotsOfFiles,” anda boleh memasukkan:
$ tar -czf LotsOfFiles.tgz LotsOfFiles
Bendera
z
menunjukkan bahawa arkib sedang dimampat, serta digabungkan menjadi satu fail. Biasanya anda akan menggunakan pilihan ini, tetapi anda tidak memerlukannya.Jika ianya folder besar, anda mungkin mahu memantau proses dengan menambah bendera
v
:$ tar -czvf LotsOfFiles.tgz LotsOfFiles
Nyahmampat arkib tar
Untuk menyahmampat arkib tar, gunakan perintah
tar
dengan benderax
. Untuk melihat mesej kemajuan, juga gunakan benderav
, seperti ditunjukkan dalam contoh ini:$ tar -xvf LotsOfFiles.tgz
Anda juga boleh menyahmampat arkib tar dalam Finder dengan dwikliknya.
Alat tar
mempunyai banyak pilihan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang alat tar
, lihat halaman panduannya.