Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Membetulkan ralat penaipan dalam Terminal
Jika anda membuat ralat semasa memasuki perintah Terminal, anda boleh membetulkannya sebelum menekan kekunci Return atau Enter untuk jalankan perintah.
Untuk langkau ke belakang atau ke depan sebahagian perintah yang anda tidak mahu tukar, tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan.
Untuk memasukkan aksara, taipkannya.
Gunakan kekunci Delete atau tekan Control-H untuk memadam aksara yang tidak dikehendaki, kemudian taip aksara baru.
Untuk memadamkan apa yang anda taipkan dan mula lagi, tekan Control-U.
Untuk menempatkan semula kursor dalam perintah semasa, tekan terus kekunci Option sambil menggunakan tetikus atau trackpad untuk menempatkan semula kursor.