Bantuan Terminal

Selamat Datang ke Terminal

Pada baris perintah, laksanakan perintah UNIX, serta jalankan skrip untuk mempercepatkan aliran kerja anda dan mengautomasikan tugasan yang berulang.

Tetingkap Terminal, menunjukkan output senarai perintah kandungan direktori dan tab lain yang dipanggil Pelayan London.
Anak tetingkap Profil Terminal, dengan profil Rumput dipilih.

Jadikan tetingkap Terminal menyerlah dengan profil

Apabila anda log masuk ke beberapa pelayan, warna latar belakang unik dan tajuk tetingkap yang ditentukan dalam profil membantu anda mengenal pasti tetingkap Terminal yang betul. Gunakan profil yang dibina ke dalam Terminal, atau cipta profil tersuai anda sendiri. Untuk bekerja dengan profil, pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.

Tetingkap Terminal, menunjukkan penanda dan penanda buku di sebelah kiri dan kanan tetingkap, serta penanda buku yang dicap masa di atas prom perintah.

Navigasi tetingkap Terminal

Tambah penanda dan penanda buku semasa anda bekerja, kemudian gunakan untuk menavigasi melalui output tetingkap Terminal yang panjang dengan cepat. Pilih baris dalam tetingkap Terminal, kemudian pilih Edit > Tanda > Tanda untuk menambah penanda, atau Edit > Tanda > Tandakan sebagai Penanda Buku untuk menambah penanda buku.

Anak tetingkap Pemeriksa dalam Terminal.

Uruskan proses

Gunakan pemeriksa untuk melihat dan menguruskan proses yang berjalan, serta edit tajuk tetingkap dan warna latar belakang dengan cepat. Untuk membuka pemeriksa, tekan Command-I. Untuk menghantar perintah ke proses, pilihnya, klik menu timbul tindakan, kemudian pilih perintah daripada Isyaratkan Kumpulan Proses.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.