Seret fail ke dalam Terminal untuk menentukan laluan
Anda boleh menjimatkan masa dengan menyeret item dari Finder ke dalam tetingkap Terminal dan bukan dengan menaipkan laluannya. Laluan mutlak item muncul pada baris perintah.
Untuk jalankan fail boleh laksana, seret fail ke tetingkap Terminal, kemudian tekan Return.
Untuk masuk ke laluan fail atau folder, seret fail atau folder ke tetingkap Terminal.
Untuk mengimport seting daripada fail seting Terminal, pilih Terminal > Keutamaan, klik Profil, kemudian seret fail daripada Finder ke senarai Profil.
Untuk mengeksport seting, pilih Terminal > Keutamaan, klik Profil, kemudian seret profil daripada senarai Profil ke Finder.
Untuk mengimport kumpulan tetingkap daripada fail seting Terminal, pilih Terminal > Keutamaan, klik Kumpulan Tetingkap, kemudian seret fail seting daripada Finder ke senarai Kumpulan Tetingkap.
Untuk mengeksport kumpulan tetingkap, pilih Terminal > Keutamaan, klik Kumpulan Tetingkap, kemudian seret kumpulan tetingkap dari senarai Kumpulan Tetingkap ke Finder.
Untuk menggunakan cebisan dari teks yang disimpan sebagai pemotongan dalam Finder, tekan kekunci Command, kemudian seret pemotongan ke tetingkap Terminal.
Menyeret pemotongan mungkin menambah yang dilepaskan bersamaan bagi aksara teks khas yang tertentu. Jika anda tidak mahu memasukkan aksara tersebut, tekan terus kekunci Command semasa anda menyeret pemotongan.