Pengurusan skrip dengan launchd
Proses launchd
yang digunakan oleh macOS untuk menguruskan daemon dan agent, serta anda boleh menggunakannya untuk menjalankan skrip cangkerang anda. Anda tidak berinteraksi dengan launchd
secara terus; sebaliknya anda menggunakan alat launchctl
untuk muat atau nyahmuat daemon dan agent launchd
.
Semasa permulaan sistem, launchd
adalah proses pertama dijalankan kernel untuk menyediakan komputer. Jika anda mahu skrip cangkerang untuk berjalan sebagai daemon, ia patut dimulakan dengan launchd
. Mekanisme lain untuk mulakan daemon dan agent tertakluk untuk dikeluarkan oleh budi bicara Apple.
Anda boleh mendapatkan idea pelbagai daemon dan agent yang diuruskan oleh launchd
dengan melihat fail konfigurasi berikut:
Folder | Penggunaan |
---|---|
/Sistem/Pustaka/LaunchDaemons/ | Daemon sistem dibekalkan Apple |
/Sistem/Pustaka/LaunchAgents/ | Agent dibekalkan Apple yang digunakan ke semua pengguna berasaskan per-pengguna |
/Pustaka/LaunchDaemons/ | Daemon sistem pihak ketiga |
/Pustaka/LaunchAgents/ | Agent pihak ketiga yang digunakan ke semua pengguna berasaskan per-pengguna |
~/Pustaka/LaunchAgents/ | Agent pihak ketiga hanya digunakan pada pengguna yang dilog masuk |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang launchd
, lihat halaman panduan launchd
dan launchctl
. Lihat juga Technical Note TN2083: Daemons and Agents dalam Pustaka Pembangun macOS.