Buka tetingkap dan tab
Anda boleh membuka tetingkap dan tab Terminal baru dengan profil lalai, profil yang sama digunakan oleh tetingkap atau tab aktif, atau profil yang anda tentukan.
Buka tetingkap Terminal baru dengan profil tertentu
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih Cangkerang > Tetingkap Baru, kemudian pilih profil daripada senarai profil pada penghujung menu.
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil. Dalam senarai profil, dwiklik ikon untuk profil yang anda mahu gunakan.
Buka tetingkap Terminal baru dengan profil lalai atau profil sama
Sama ada profil lalai atau sama dibuka bergantung kepada nilai seting "Tetingkap baru dibuka dengan" dalam keutamaan Umum.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tekan Command-N.
Pilih Cangkerang > Tetingkap Baru > Tetingkap Baru dengan Seting.
Buka tab baru dengan profil tertentu
Pilih Cangkerang > Tab Baru, kemudian pilih profil daripada senarai profil pada penghujung menu.
Buka tab baru dengan profil lalai atau profil sama
Sama ada profil lalai atau sama dibuka bergantung kepada nilai seting "Tab baru dibuka dengan" dalam keutamaan Umum.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tekan Command-T.
Pilih Cangkerang > Tab Baru > Tab Baru dengan Seting.