Cipta dan uruskan profil Terminal
Profil merupakan koleksi seting gaya dan kelakuan untuk tetingkap Terminal. Seting yang anda boleh simpan dalam profil termasuklah warna latar belakang, fon, gaya kursor dan banyak lagi.
Terminal disertakan dengan set profil pratakrif dipanggil profil lalai dan anda juga boleh mencipta profil tersuai anda.
Cipta profil baru
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Klik butang Tambah di bawah senarai profil.
Masukkan nama untuk profil baru.
Pilih seting untuk profil baru ini.
Ubah suai profil
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Pilih profil yang anda mahu ubah suai.
Buat perubahan ke seting profil.
Nama semula profil
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Dwiklik nama profil yang anda mahu namakan semula.
Masukkan nama baru, kemudian tekan Return.
Salin profil
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Pilih profil yang anda mahu salin.
Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Duplikasi Profil.
Masukkan nama untuk profil disalin, kemudian tekan Return.
Keluarkan profil
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Pilih profil yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Keluarkan di bawah senarai profil.
Pulihkan profil lalai
Jika anda keluarkan atau tukar sebarang profil lalai yang disertakan dengan Terminal, anda boleh menambahnya semula ke senarai profil dengan seting asalnya. Anda hanya boleh pulihkan keseluruhan set profil lalai (maksudnya, anda tidak boleh pulihkan sebarang profil lalai secara individu).
Jika anda menyesuaikan salah satu daripada profil lalai dan mahu menyimpan penyesuaian, anda perlu namakannya semula sebelum memulihkan profil lalai. Operasi pemulihan menggantikan seting bagi setiap profil lalai.
Pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Pulihkan Profil Lalai.