Pengurusan skrip dengan launchd dalam Terminal pada Mac
Proses launchd
yang digunakan oleh macOS untuk menguruskan daemon dan agent, serta anda boleh menggunakannya untuk menjalankan skrip cangkerang anda. Anda tidak berinteraksi dengan launchd secara terus; sebaliknya anda menggunakan perintah launchctl untuk memuat atau menyahmuat daemon dan ejen launchd
.
Semasa permulaan sistem, launchd
adalah proses pertama dijalankan kernel untuk menyediakan komputer. Jika anda mahu skrip cangkerang untuk berjalan sebagai daemon, ia patut dimulakan dengan launchd
. Mekanisme lain untuk mulakan daemon dan agent tertakluk untuk dikeluarkan oleh budi bicara Apple.
Anda boleh mendapatkan idea pelbagai daemon dan agent yang diuruskan oleh launchd
dengan melihat fail konfigurasi dalam folder berikut:
Folder | Penggunaan |
---|---|
/Sistem/Pustaka/LaunchDaemons | Daemon sistem dibekalkan Apple |
/Sistem/Pustaka/LaunchAgents | Ejen dibekalkan Apple yang digunakan ke semua pengguna berasaskan per-pengguna |
/Pustaka/LaunchDaemons | Daemon sistem pihak ketiga |
/Pustaka/LaunchAgents | Ejen pihak ketiga yang digunakan ke semua pengguna berasaskan per-pengguna |
~/Pustaka/LaunchAgents | Ejen pihak ketiga hanya digunakan pada pengguna yang dilog masuk |