Mampatkan dan nyahmampatkan arkib fail dalam Terminal pada Mac
Apabila menghantar folder dan berbilang fail antara komputer, ianya membantu untuk memampatkannya ke arkib tunggal. Ini menjimatkan ruang, membenarkan anda memindahkan hanya satu item dan bukannya banyak dan membuatkan ianya mudah untuk teruskan sekiranya tugas itu digantung atas sebab tertentu.
Dalam Terminal, anda boleh menggunakan perintah tar
GNU untuk memampatkan dan menyahmampatkan fail dan folder. Sambungan fail biasa untuk arkib tar dimampat adalah .tgz, walaupun anda mungkin melihat fail berakhir dengan sambungan .tar.gz. Jika arkib tidak dimampat, ia selalunya berakhir dengan .tar.
Petua: Ianya lebih mudah untuk memampat atau menyahmampat fail secara terus dalam Finder (ianya disyorkan supaya anda menggunakan perintah tar
dalam Terminal hanya jika anda perlu mencipta arkib tar secara khusus). Lihat Mampatkan atau nyahmampatkan fail dan folder.
Cipta arkib tar termampat
Dalam app Terminal pada Mac anda, masukkan perintah
tar
, kemudian tekan Return.Untuk pemampatan asas folder yang bernama, contohnya, LotsOfFiles, anda boleh memasukkan:
% tar -czf LotsOfFiles.tgz LotsOfFiles
Bendera
z
menunjukkan bahawa arkib sedang dimampat, serta digabungkan menjadi satu fail. Anda biasanya akan menggunakan pilihan ini, tetapi anda tidak memerlukannya.Jika ianya folder besar, anda mungkin mahu memantau proses dengan menambah bendera
v
:% tar -czvf LotsOfFiles.tgz LotsOfFiles
Nyahmampat arkib tar
Untuk menyahmampat arkib tar pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Dalam app Terminal pada Mac anda, masukkan perintah
tar
dengan benderax
, kemudian tekan Return. Untuk melihat mesej kemajuan, juga gunakan benderav
. Sebagai contoh:% tar -xvf LotsOfFiles.tgz
Dalam Finder pada Mac anda, dwiklik fail tar.