Tentukan profil lalai dan permulaan tetingkap Terminal pada Mac
Anda boleh tentukan profil permulaan dan profil lalai. Apabila anda membuka Terminal, tetingkap pertama yang anda lihat menggunakan profil permulaan. Profil lalai digunakan apabila anda membuka tetingkap tambahan. Anda boleh gunakan profil yang sama untuk kedua-dua profil permulaan dan lalai.
Tentukan profil permulaan
Dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Bersebelahan "Pada permulaan, buka" pilih "Tetingkap baru dengan profil."
Klik menu timbul, kemudian pilih nama profil yang anda mahu gunakan sebagai profil permulaan.
Profil yang anda pilih sekarang mempunyai tatatanda “Permulaan” di bawah namanya dalam anak tetingkap Profil.
Tentukan profil lalai
Dalam app Terminal pada Mac anda, pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Pilih profil yang anda mahu gunakan sebagai profil lalai.
Klik lalai pada bahagian bawah senarai profil.
Profil yang anda pilih sekarang mempunyai tatatanda "Lalai" di bawah namanya dalam anak tetingkap Profil.