Perihal skrip cangkerang dalam Terminal pada Mac
Daripada memasukkan perintah dan menunggu tindak balas, anda boleh mengarang skrip cangkerang yang berjalan tanpa interaksi terus.
Skrip cangkerang adalah fail teks yang mengandungi satu atau lebih perintah UNIX. Anda menjalankan skrip cangkerang untuk melaksanakan perintah yang mungkin anda masukkan pada baris perintah.
Skrip perintah adalah berguna kerana anda boleh menggabungkan banyak tugasan biasa dalam satu skrip, menjimatkan masa anda dan kemungkinan ralat apabila melaksanakan tugasan sama berulang kali. Anda juga boleh automasikan skrip cangkerang menggunakan alat seperti launchd
atau Apple Remote Desktop.
Skrip cangkerang bermula dengan gabungan aksara yang mengenal pastinya sebagai skrip cangkerang—khususnya aksara # dan ! (bersama dipanggil shebang) diikuti dengan rujukan ke cangkerang di mana skrip patut dijalankan bersama. Sebagai contoh, ini baris pertama skrip cangkerang yang akan dijalankan dengan sh
:
#!/bin/sh
Anda seharusnya mendokumentasikan skrip cangkerang anda dengan komen. Untuk menambah komen, mulakan baris dengan tanda nombor (#). Setiap baris komen perlu bermula dengan tanda nombor:
#This program returns the
#contents of my Home folder
Anda boleh letakkan baris kosong dalam skrip cangkerang untuk membantu membezakan bahagian skrip berbeza secara visual.
Anda menggunakan alat chmod
untuk menunjukkan bahawa fail teks itu boleh dilaksanakan (maksudnya, kandungannya boleh dijalankan sebagai program). Lihat Jadikan fail boleh laksana dalam Terminal pada Mac.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menulis skrip cangkerang, lihat Shell Scripting Primer pada tapak web Apple Developer Connection.