Rombak atau ulang lagu dalam Muzik pada Mac
Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (memainkannya dalam tertib rawak) atau hanya merombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu individu, senarai main atau album.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Rombak muzik.” Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music, atau mainkan CD.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan rombak atau ulang.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan rombak: Klik dalam kawalan main balik.
Apabila rombak aktif, butang bertukar warna dan muzik dimainkan dalam tertib rawak.
Rombak album atau himpunan: Pilih Kawalan > Rombak > Album (atau Himpunan). Muzik memainkan lagu mengikut tertib ia muncul dalam album atau dalam perkumpulan dan kemudian memilih album atau perkumpulan lain secara rawak.
Rombak lagu dalam album: Gerakkan penuding ke atas sebarang album dalam pustaka anda, klik , kemudian pilih Rombak [nama album].
Ulangi semua lagu dalam paparan semasa (contohnya, senarai main): Klik . Ulang aktif apabila butang bertukar warna.
Ulangi lagu yang sedang dimainkan: Klik sehingga nombor 1 kelihatan .
Nyahaktifkan ulang. Klik sehingga butang menjadi kelabu.
Petua: Untuk merombak lagu dalam album atau senarai main dengan cepat, pilih album atau senarai main, kemudian klik .