
Import muzik daripada komputer ke Muzik pada Mac
Jika anda mempunyai fail lagu atau video muzik pada komputer, anda boleh mengimport ke Muzik supaya ia muncul dalam pustaka muzik anda.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Fail > Tambah ke Pustaka untuk menambah lagu ke pustaka anda, tetapi tidak menyalin lagu ke folder Media anda. (Pilihan ini hanya tersedia jika anda belum memilih “Salin fail ke folder Media apabila menambah ke pustaka” dalam seting Fail.)
Pilih Fail > Import untuk mengimport lagu ke pustaka anda dan menyalin lagu ke folder Media anda. (Pilihan ini hanya tersedia jika anda memilih “Salin fail ke folder Media apabila menambah ke pustaka” dalam seting Fail.)
Lihat Tukar seting Fail.
Cari fail atau folder, kemudian klik Buka.
Jika anda menambah folder, semua fail yang terkandung dalamnya ditambah pada pustaka anda.
Petua: Anda juga boleh menyeret fail atau folder daripada Finder ke tetingkap Muzik untuk mengimportnya.
Secara lalai, Muzik meletakkan salinan setiap fail audio dalam folder Muzik (Utama/Muzik/Muzik) dan meninggalkan fail asal di lokasi semasa. Untuk maklumat tentang menambah alias pada fail (bukannya mencipta salinan), lihat Tukar tempat fail muzik anda disimpan.
Apabila anda mengimport item dengan menyeretnya ke tetingkap Muzik atau memilih Fail > Tambah ke Pustaka atau Fail > Import, rujukan (atau “penuding”) ke item—bukan item itu sendiri—diletakkan dalam folder Muzik. Anda mungkin tidak boleh memainkan lagu jika anda mengalihkannya.