Simpan salinan senarai main dalam Muzik pada Mac
Anda boleh mengeksport senarai main—contohnya, jika anda mahu menyimpan salinan senarai main atau mengimportnya ke komputer lain agar anda mempunyai senarai main yang sama di kedua-dua tempat.
Anda juga boleh mengeksport maklumat tentang lagu untuk digunakan dalam pangkalan data atau dalam app lain.
Apabila anda mengeksport senarai main atau memindahkan maklumat lagu, lagu atau video muzik sebenar tidak disertakan—hanya maklumat tentangnya atau senarai main.
Simpan salinan senarai main untuk digunakan pada komputer lain
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Simpan salinan satu senarai main atau gunakannya dalam Muzik pada komputer lain: Pilih senarai main dalam bar sisi, pilih Fail > Pustaka > Eksport Senarai Main, kemudian klik menu timbul Format dan pilih XML.
Simpan salinan semua senarai main anda: Pilih Fail > Pustaka > Eksport Pustaka. Maklumat yang dieksport disimpan dalam format XML.
Import senarai main Muzik
Nota: Anda mesti mempunyai senarai main Muzik (dalam format XML) dieksport terlebih dahulu.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Pilih Fail > Pustaka > Import Senarai Main.
Pilih fail XML untuk diimport.
Senarai main yang diimport termasuk hanya lagu dan video muzik yang sudah berada dalam pustaka muzik anda. Item yang tidak tersedia telah dikeluarkan daripada senarai.
Pindahkan maklumat lagu ke aplikasi lain
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Eksport semua maklumat lagu ke fail teks: Pilih senarai main dalam bar sisi, kemudian pilih Fail > Pustaka > Eksport Senarai Main. Klik menu timbul “Simpan sebagai jenis” dan pastikan “Fail teks” dipilih.
Semua maklumat daripada tetingkap Info setiap lagu dieksport, bukan sahaja medan yang dipaparkan pada masa ini dalam pustaka atau senarai main.
Salin maklumat (dalam lajur yang kelihatan) untuk satu atau lebih lagu: Klik Lagu dalam bar sisi, pilih lagu, kemudian pilih Edit > Salin. Dalam app lain (contohnya e-mel atau dokumen teks), pilih Edit > Tampal.