macOS Tahoe 26

Baharu dalam Apple Music
Baharu dalam Apple Music

Jangan terlepas sebarang perkataan
Ikut lirik yang diserlahkan dalam masa nyata semasa anda mendengar. Lihat terjemahan dan sebutan untuk lagu dalam bahasa yang disokong.

Pinkan perkara penting
Pinkan album, senarai main atau artis kegemaran anda supaya ia kekal di bahagian atas pustaka anda—tidak perlu lagi menskrol untuk mencarinya.

AutoMix: Transisi dengan lancar
Aktifkan AutoMix untuk memastikan lagu anda beralih dengan lancar. Setiap transisi disesuaikan dengan cara lagu mengalir bersama secara semula jadi.

Satu langganan, enam orang
Dengan Apple Music atau Apple One dengan langganan keluarga, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi Apple Music dengan sehingga lima ahli keluarga lain—semua orang mendapat pustaka muzik dan cadangan peribadi mereka sendiri.