Akses pustaka muzik anda pada semua peranti anda
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh menjadikan keseluruhan pustaka muzik anda tersedia pada semua peranti anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dan anda mengaktifkan Selaraskan Pustaka dalam Seting. Anda boleh mengakses pustaka anda pada bila-bila masa anda disambungkan ke internet, atau di luar talian, jika anda memuat turun muzik anda.
Pustaka muzik anda boleh menjadikan yang berikut tersedia dalam awan:
Sehingga 100,000 lagu, tidak termasuk lagu (atau video muzik) yang dibeli daripada iTunes Store; fail tidak boleh lebih besar daripada 200 MB
Lagu dipadankan (lagu yang tersedia dalam iTunes Store, sama ada anda membelinya di situ atau tidak) pada kualiti iTunes Plus (AAC 256 kbps bebas DRM) dan lagu lain pada kualiti asalnya
Video muzik yang dibeli dalam iTunes Store
Senarai main yang menyertakan lagu dan video muzik
Peraturan Senarai Main Pintar, yang digunakan pada komputer atau peranti yang ia dimuat turun
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Anda juga boleh menjadikan pustaka muzik anda tersedia merentas peranti dengan iTunes Match.
Aktifkan Selaraskan Pustaka (Mac pertama)
Pergi ke app Muzik pada Mac pertama anda.
Pilih Muzik > Seting, klik Umum, kemudian pilih kotak semak Selaraskan Pustaka.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan anda melanggan Apple Music. Anda mesti pelanggan Apple Music untuk mengakses muzik anda pada peranti lain anda menggunakan Selaraskan Pustaka.
Aktifkan Selaraskan Pustaka (Mac tambahan)
Pergi ke app Muzik pada Mac tambahan anda.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda menggunakan akaun sama yang anda gunakan pada komputer pertama.
Pilih Muzik > Seting, klik Umum, kemudian pilih kotak semak Selaraskan Pustaka
Aktifkan Selaraskan Pustaka (iPhone, iPad atau iPod touch)
Pergi ke Seting > App > Muzik.
Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda menggunakan akaun sama yang anda gunakan pada komputer pertama.
Aktifkan Selaraskan Pustaka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penyelarasan, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Dokumentasi Apple.
Anda juga boleh mendengar Apple Music pada web. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk music.apple.com/my.