Urus pemberitahuan daripada Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh memilih untuk mendapat pemberitahuan tentang topik seperti keluaran baharu oleh artis kegemaran anda dan aktiviti rakan anda. Anda juga boleh terus menyahaktifkan pemberitahuan.
Urus pemberitahuan dalam Apple Music
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Pilih Akaun > Pemberitahuan.
Jika anda tidak melihat pilihan ini, daftar masuk ke Akaun Apple anda.
Pilih kemas kini yang anda mahu diberitahu, kemudian klik Selesai.
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Muzik
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Pemberitahuan app di sebelah kanan, klik Muzik, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik di penjuru kanan bawah.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada Muzik: Nyahaktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Nota: Untuk melihat pemberitahuan daripada Muzik apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.