
Gunakan Pemain Mini Muzik pada Mac
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan muncul.

Anda juga boleh mengecilkan tetingkap Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.

Nota: Apple Music, lossless dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Mainkan muzik daripada pustaka anda, Apple Music, radio, atau CD.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan Pemain Mini.
Pilih Tetingkap > Bertukar kepada Pemain Mini.
Jika anda melanggan Apple Music, lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless
bersebelahannya; lagu yang tersedia dalam Dolby Atmos mempunyai butang Dolby
bersebelahannya.
Lakukan satu daripada berikut:
Kecilkan kepada tetingkap Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik
, kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni.
Untuk mengembangkan kembali ke Pemain Mini penuh, klik
, kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni.
Tunjukkan lirik: Klik
.
Untuk melihat Pemain Skrin Penuh, klik
di penjuru kiri atas tetingkap Pemain Mini.
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik
di penjuru kanan bawah tetingkap Pemain Mini.
Keluar daripada Pemain Mini: Klik
di penjuru kiri atas tetingkap Pemain Mini.
Petua: Untuk membuka Pemain Mini dari kawalan main balik dengan cepat, klik karya seni album.

Untuk mengekalkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih Muzik > Seting, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain”.