
Rombak atau ulang lagu dalam Muzik pada Mac
Dalam senarai main atau album, anda boleh merombak lagu (memainkannya dalam tertib rawak) atau mengulangi lagu individu.

Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Rombak muzik” Ketahui cara untuk meminta Siri.
Dalam app Muzik
pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut untuk memainkan muzik:
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan rombak atau ulang.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Aktifkan rombak: Klik butang Rombak
dalam kawalan main balik.
Apabila rombak aktif, butang bertukar warna
dan muzik dimainkan dalam tertib rawak.
Rombak album atau himpunan: Pilih Kawalan > Rombak > Album (atau Himpunan). Muzik memainkan lagu mengikut tertib ia muncul dalam album atau dalam perkumpulan dan kemudian memilih album atau perkumpulan lain secara rawak.
Rombak lagu dalam album: Gerakkan penuding ke atas sebarang album dalam pustaka anda, klik butang Lagi
, kemudian pilih Rombak [nama album].
Ulangi semua lagu dalam paparan semasa (contohnya, senarai main): Klik butang Ulang
. Ulang aktif apabila butang bertukar warna
.
Ulangi lagu yang sedang dimainkan: Klik butang Ulang sehingga nombor 1 muncul
.
Nyahaktifkan ulang. Klik butang Ulang sehingga butang menjadi kelabu
.
Petua: Untuk merombak lagu dalam album atau senarai main dengan cepat, pilih album atau senarai main, kemudian klik Rombak .