Strim lagu disyorkan daripada Apple Music pada Mac
Apabila anda menyertai Apple Music, anda ditanya tentang genre muzik dan artis kegemaran anda. Apple Music kemudian menggunakan keutamaan anda untuk membuat pengesyoran bagi anda. Anda boleh mengemas kini keutamaan anda pada bila-bila masa.
Anda juga boleh memberitahu Apple Music tentang lagu dan album yang paling anda suka dan yang anda paling tidak suka.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Mainkan muzik yang lunak.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari muzik yang anda mahu mainkan:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian skrol menerusi pelbagai kategori seperti Recently Played dan If You Like.
Lihat perkara baru dalam Apple Music: Klik Layari dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian klik kategori (New This Week, Music by Mood dan seterusnya).
Cari dalam katalog Apple Music: Klik dalam medan carian di bahagian penjuru kiri atas tetingkap Muzik, masukkan perkataan atau frasa, kemudian klik Apple Music di sebelah kanan tetingkap.
Untuk memainkan item, dwikliknya.
Untuk menggemari atau menyahsuka lagu atau album, Control-klik item, kemudian pilih Gemar atau Nyahsuka. Anda boleh juga mengklik butang Tidak Digemari atau butang Digemari di mana-mana sahaja ia muncul dalam Muzik.
Petua: Untuk melihat semua lagu keutamaan anda pada satu tempat, cipta Senarai Main Pintar untuk lagu dan album digemari anda.