Tukar keutamaan Main Balik dalam Muzik pada Mac
Dalam app Muzik pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Main Balik pada keutamaan Muzik untuk memilih cara memudarkan lagu masuk dan keluar, menukar kualiti bunyi muzik semasa main balik dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Muzik > Keutamaan, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pudar Silang Lagu | Pudar masuk dan keluar lagu tanpa kesenyapan antara lagu. Seret gelangsar untuk menukar jumlah masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baru untuk pudar masuk. | ||||||||||
Peningkat Bunyi | Tukar kualiti bunyi muzik semasa main balik. Seret gelangsar untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan Peningkat Bunyi. | ||||||||||
Periksa Bunyi | Mainkan semua muzik dan video muzik pada paras kelantangan yang sama. | ||||||||||
Kualiti Main Balik Video | Pilih pilihan (Baik, Lebih Baik, Terbaik) yang terbaik untuk komputer anda. | ||||||||||
Kualiti Muat Turun Video | Pilih pilihan (Baik, Lebih Baik, Terbaik, Fail Lebih Kecil) yang terbaik untuk komputer anda. | ||||||||||
Gunakan Sejarah Pendengaran | Pilih supaya muzik yang anda dengari:
Nota: Pilihan ini muncul jika anda mendaftar masuk sebagai pelanggan Apple Music atau iTunes Match. |