Tambah dan muat turun muzik pada Mac
Sebaik sahaja anda menyertai Apple Music, anda boleh menambahkan lagu, album, senarai main dan video muzik daripada Apple Music ke pustaka muzik anda, yang boleh diakses daripada Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch anda pada bila-bila masa anda mendaftar masuk ke Muzik.
Selepas anda menambahkan muzik ke pustaka muzik, anda boleh memuat turunnya ke komputer atau peranti anda untuk dimainkan pada bila-bila masa, walaupun anda di luar talian.
Nota: Muzik yang anda muat turun daripada Apple Music ke komputer anda tidak boleh dibakar ke cakera atau ditambah ke peranti, seperti iPad atau iPod. Muzik hanya boleh dimuat turun ke peranti terus daripada Apple Music. Lihat Perihal menyelaraskan Mac anda dan peranti anda.
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari muzik yang anda mahu tambah atau muat turun:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Untukmu dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian skrol menerusi pelbagai kategori seperti Recently Played dan If You Like.
Lihat perkara baru dalam Apple Music: Klik Layari dalam bar sisi di sebelah kiri, kemudian klik kategori (New This Week, Music by Mood dan seterusnya).
Cari dalam katalog Apple Music: Klik dalam medan carian di bahagian penjuru kiri atas tetingkap Muzik, masukkan perkataan atau frasa, kemudian klik Apple Music di sebelah kanan tetingkap.
Untuk menambah muzik ke pustaka muzik anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik butang Lagi bersebelahan item (seperti lagu atau album), kemudian pilih Tambah ke Pustaka.
Tahan penuding di atas item, kemudian klik butang Tambah .
Jika anda tidak melihat pilihan ini, sama ada anda belum mendaftar masuk ke Apple Music menggunakan Apple ID anda atau pilihan Selaraskan Pustaka tidak dipilih dalam keutamaan Muzik. Pilih Muzik > Keutamaan, klik Umum, pastikan Selaraskan Pustaka dipilih, kemudian klik OK.
Untuk memuat turun muzik ke komputer anda, klik butang Lagi , kemudian pilih Muat Turun.
Sebagai pilihan, anda boleh mengklik butang Muat Turun bersebelahan item.