Gunakan senarai Main Seterusnya dalam Muzik pada Mac
Semasa mendengar muzik, anda boleh menggunakan senarai Main Seterusnya untuk melihat dan menukar lagu yang dimainkan seterusnya. Contohnya, jika anda sedang mendengar senarai main, anda boleh mengklik Main Seterusnya dan memilih album untuk mendengarnya selepas lagu yang sedang dimainkan tamat. Apabila album habis, Muzik meneruskan untuk memainkan senarai main.
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang pilihan di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Mainkan lagu atau senarai main dalam pustaka muzik anda dengan dwikliknya, atau dengan memilihnya dan mengklik butang Main (atau menggunakan Touch Bar).
Klik butang Main Seterusnya , kemudian klik Main Seterusnya.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Mainkan lagu dalam senarai: Dwiklik lagu.
Tambah atau alihkan lagu ke bahagian teratas senarai: Tahan penuding anda di atas lagu, klik butang Lagi , kemudian pilih Main Seterusnya.
Tukar tertib lagu dalam senarai: Seret lagu ke susunan yang anda inginkan.
Keluarkan lagu daripada senarai: Pilih lagu, kemudian tekan kekunci Delete.
Keluarkan semua lagu daripada senarai: Klik pautan Kosongkan di bahagian bawah senarai sekali atau beberapa kali.
Lihat lagu yang dimainkan sebelum ini: Klik pautan Sejarah di bahagian atas senarai.
Senarai Main Seterusnya muncul atas skrin sehingga anda mengklik butang Main Seterusnya lagi untuk menutupnya.
Petua: Untuk menambah lagu atau album ke senarai Main Seterusnya, seret item daripada senarai lagu ke bahagian tengah atas tetingkap muzik sehingga jidar biru kelihatan.
Jika anda keluar daripada Muzik, senarai Main Seterusnya disimpan secara automatik untuk kali seterusnya anda membuka Muzik.