Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Nilai lagu dan kandungan lain dalam Muzik pada Mac
Anda boleh memberi penilaian—daripada satu hingga lima bintang—kepada lagu, album, atau video muzik untuk menandakan berapa banyak anda menyukainya. Anda boleh menggunakan penilaian untuk membantu mencipta senarai main secara automatik atau mengisih dan melayari pustaka muzik anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan penilaian
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Lagu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih Paparan > Tunjukkan Paparan Pilihan, kemudian pilih Penilaian. Jika kotak semak dipilih, penilaian diaktifkan.
Beri item penilaian
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik Lagu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Tahan penuding anda di atas lagu yang anda mahu nilaikan, kemudian klik atau seret dalam lajur penilaian untuk menambah atau mengeluarkan bintang.