Gunakan berbilang pustaka dalam Muzik pada Mac
Anda boleh memiliki lebih daripada satu pustaka muzik dalam Muzik. Contohnya, anda mungkin ada pustaka muzik musim cuti yang tidak akan muncul dalam Muzik sepanjang tahun. Atau anda boleh menyimpan sesetengah muzik anda dalam pustaka pada peranti storan luaran.
Dalam app Muzik pada Mac anda, pilih Muzik > Keluar daripada Muzik.
Tahan kekunci Option sambil anda membuka semula Muzik.
Dalam tetingkap yang muncul, lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta pustaka baru: Klik Cipta Pustaka.
Pilih pustaka lain: Klik Pilih Pustaka.
Anda boleh menamakan pustaka baru anda (folder yang mengandungi kandungan Muzik anda) sesuka hati anda. Untuk hasil terbaik, jika anda mencipta pustaka muzik tambahan, jangan menamakan pustaka baru sebagai “Muzik” atau “Muzik Baru”. Pastikan bahawa setiap pustaka mempunyai nama uniknya yang sendiri agar anda dapat membezakannya.
Dalam setiap pustaka yang anda cipta, anda boleh memilih keutamaan berlainan untuk folder Media Muzik, jenis kandungan yang dipaparkan dan nama pustaka. Untuk mengesetkan keutamaan untuk pustaka, pilih Muzik > Keutamaan semasa menggunakan pustaka.