Strim lagu disyorkan daripada Apple Music pada Mac
Apabila anda melanggan Apple Music, pengesyoran ditingkatkan dari semasa ke semasa apabila anda mendengar muzik, memilih artis sebagai kegemaran dan memberitahu Apple Music perkara yang anda suka dan tidak suka.
Siri: Cakap sesuatu seperti:
“Mainkan muzik merdu”
“Tunjukkan lagu baharu pada Muzik”
Nota: Bukan semua ciri tersedia dalam Pelan Apple Music Voice. Apple Music, Apple Music Voice, lossless dan Dolby Atmos tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Dalam app Muzik pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut untuk mencari muzik yang anda mahu mainkan:
Lihat pengesyoran yang diperibadikan untuk anda: Klik Dengar dalam bar sisi, kemudian cari muzik yang anda mainkan baru-baru ini, senarai main peribadi yang dicipta untuk anda, genre yang mungkin anda suka dan banyak lagi.
Lihat perkara baharu dalam Apple Music: Klik Layari dalam bar sisi, kemudian cari muzik mengikut perasaan, keluaran baharu, carta dan banyak lagi.
Cari senarai main diperibadikan: Klik Dibuat untuk Anda dalam bar sisi untuk melihat senarai main berdasarkan profil dan sejarah pendengaran anda.
Nota: Senarai main diperibadikan kelihatan dalam bahagian Dibuat untuk Anda apabila anda menambahnya ke pustaka anda. Jika anda tidak melihat Dibuat untuk Anda, anda boleh menambahnya ke bar sisi.
Cari dalam katalog Apple Music: Lihat Cari muzik.
Alihkan penuding ke atas sebarang lagu, album, atau senarai main, kemudian klik butang Main .
Album dan lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless di sebelahnya. Album dan lagu yang tersedia dalam Dolby Atmos mempunyai butang Dolby di sebelahnya.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Petua: Apple Music mencipta siri cerapan dan senarai main istimewa—menyerlahkan muzik yang paling kerap anda dengar—untuk setiap tahun anda menjadi pelanggan. Untuk mendapatkannya, klik Dengar dalam bar sisi, kemudian klik Dapatkan Campuran Replay Anda dalam tetingkap Muzik utama. Lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Music Replay anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Apple Music melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Music & Privasi.