Cari muzik dalam Muzik pada Mac
Menggunakan Carian dalam Muzik, anda boleh mencari muzik daripada kategori kegemaran anda, melihat sejarah carian terbaru anda dan mencari Apple Music, pustaka anda atau iTunes Store dengan cepat.
Nota: Walaupun anda tidak melanggan Apple Music, anda boleh mencari muzik, mendengar atau melihat pratonton muzik dan video, serta mendengar stesen radio Apple Music 1 secara percuma.
Apabila anda mempunyai bilangan besar lagu, album atau senarai main dalam pustaka muzik, anda boleh menapisnya untuk menemui muzik yang anda sedang cari dengan cepat.
Cari dalam Apple Music, pustaka anda atau iTunes Store
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik medan carian di penjuru kiri atas.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih carian terbaru: Pilih sesuatu yang anda cari baru-baru ini, seperti lagu, artis atau album.
Pilih daripada kategori: Pilih genre, suasana atau aktiviti, seperti Tarian atau Kecergasan.
Cari dalam Apple Music: Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk atau lirik lagu), klik Apple Music di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Cari dalam pustaka anda: Masukkan perkara yang anda cari (seperti nama artis atau album), klik Pustaka Anda di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Cari iTunes Store: Masukkan perkara yang anda cari (seperti nama artis atau album), klik iTunes Store di sebelah kanan, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Jika anda tidak melihat iTunes Store, pilih Muzik > Seting, klik Umum, pastikan iTunes Store dipilih, kemudian klik OK.
Hasil carian anda muncul dalam tetingkap Muzik utama.
Untuk memulakan carian baharu, padam teks daripada medan carian atau klik butang Padam dalam medan carian.
Tapis muzik
Tapis muzik dalam pustaka anda untuk menunjukkan hanya lagu yang anda mahu lihat. Contohnya, taip “cinta” dalam penapis untuk melihat hasil yang mempunyai “cinta” dalam tajuk, artis atau nama album.
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik sebarang item di bawah Pustaka atau sebarang senarai main dalam bar sisi.
Klik butang Tunjukkan Medan Penapis di penjuru kanan atas, kemudian masukkan kriteria yang anda mahu padankan.
Semasa anda memasukkan kriteria, item yang sepadan dengan kriteria kekal. Untuk menunjukkan senarai penuh lagu lagi, klik butang Batal .
Nota: Penapis kekal aktif sehingga anda membatalkannya, walaupun apabila anda memilih item lain di bawah Pustaka (seperti bertukar daripada Lagu kepada Album) atau menggunakan pelayar lajur.