Gunakan ikon status VPN dalam bar menu pada Mac
Anda boleh menggunakan ikon status VPN dalam bar menu untuk menyambung atau memutuskan sambungan daripada VPN dengan cepat, untuk menjejak tempoh anda bersambung pada VPN dan untuk memaparkan status VPN semasa bersambung.
Tunjukkan atau sembunyikan ikon status VPN
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke bahagian Bar Menu Sahaja di sebelah kanan, klik menu timbul bersebelahan VPN, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Tunjukkan ikon status VPN: Pilih Tunjukkan dalam Bar Menu.
Sembunyikan ikon status VPN: Pilih Jangan Tunjukkan dalam Bar Menu.
Untuk mengeluarkan ikon status VPN daripada bar menu dengan cepat, Command-klik ikon, kemudian seret ikon keluar daripada bar menu.
Sambungkan ke atau putuskan sambungan daripada VPN
Pada Mac anda, klik ikon status VPN dalam bar menu.
Pilih VPN untuk bersambung atau memutuskan sambungan.
Tunjukkan atau sembunyikan tempoh masa menyambung ke VPN
Pada Mac anda, klik ikon status VPN dalam bar menu.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tunjukkan masa sambungan: Pilih Tunjukkan Masa Sambungan supaya tanda semak kelihatan di sebelah pilihan.
Sembunyikan masa sambungan: Pilih Tunjukkan Masa Sambungan supaya tanda semak tidak kelihatan.
Tunjukkan atau sembunyikan status sambungan
Pada Mac anda, klik ikon status VPN dalam bar menu.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tunjukkan status sambungan: Pilih Tunjukkan Status Semasa Menyambung supaya tanda semak kelihatan di sebelah pilihan.
Sembunyikan status sambungan: Pilih Tunjukkan Status Semasa Menyambung supaya tanda semak tidak kelihatan.